Saturday, September 10

Romeo la sangat



SEREMBAN – Kisah cinta bak ‘Romeo dan Juliet’ sepasang kekasih yang sepatutnya mengecapi kebahagiaan berakhir dengan tragedi apabila si lelaki maut manakala teman wanitanya pula parah selepas mereka meminum racun serangga setelah kecewa hubungan itu dihalang keluarga.
Kejadian pukul 8 pagi di sebuah rumah di Taman Bunga Sejati, Rantau dekat sini semalam itu mengakibatkan Muhammad Faizal Raj Abdullah, 28, mati di tempat kejadian manakala Zuzziana Rahmat, 18, pula parah dan dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban di sini.
Difahamkan, Muhammad Faizal yang baru beberapa bulan memeluk Islam berasal dari Nilai manakala Zuzziana berasal dari Sungai Pelek, Selangor.
Pasangan itu ditemui dalam keadaan berpelukan di lantai ruang tamu oleh jiran mereka, Suthir Baba, 26, sebaik dia pulang dari kerja.
Selain bekas minuman berisi sejenis cecair berwarna putih disyaki racun serangga, turut dijumpai dekat pasangan itu ialah sekeping nota yang tertulis mereka berbuat demikian kerana kecewa selepas hubungan cinta dihalang keluarga.
Mengimbau semula kejadian itu, Suthir memberitahu, sebaik sampai di rumah, dia ternampak wanita berkenaan keluar rumah untuk membuka pintu pagar sebelum masuk semula.
Katanya, tidak lama kemudian, dia merasa pelik apabila terdengar bunyi orang bernafas dengan kuat dari dalam rumah mangsa.
“Saya kemudian mengajak beberapa lagi jiran untuk meninjau dan terkejut apabila mendapati wanita itu sudah terbaring di dada Muhammad Faizal. Kedua-duanya sudah kejang dengan mulut masing-masing keluar buih.
“Kami kemudian cuba membawa kedua-dua mangsa ke dalam kereta milik Muhammad Faizal untuk dibawa ke hospital tetapi malang kenderaan itu pula gagal dihidupkan sebelum menghubungi ambulans,” ceritanya di sini semalam.

                                                            
sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0910&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm

lalalala....nak tunjuk protes pun agak2lah.,..
ni bukan nak tunjuk cinta kononnya sejati,
nak tunjuk cinta yg hakiki sampai nak hidup semati
padahal masing2 tiada sebarang ikatan pun..cinta seperti ini dianggap sebgai cinta bodoh..
mana taknya

Juliet membunuh diri kerana menyangka Romeo telah mati,
Cleopatra pula menghulurkan jarinya untuk dipatu ular apabila Mark Anthony telah mati
Laila dan Majnun pula mati di tengah padang pasir semata-mata untuk membuktikan cinta mereka...
from bottom of my heart; kalau nak ikut cinta kita seperti siapa,jadikanlah Nabi Muhammad SAW sebagai idola...semua org tahu cintanya kepda Siti Khadijah terlalu agung..mengapa kita tak mencuba untuk mencipta dan cinta seagung mereka?meskipun tak sesempurna cinta mereka..cukuplah kita melakukan yang terbaik dan mencinta pasangan yang telah halal kepada kita..


8 comments:

Fiza A said...

bodohnya cinta mereka..!

budakijaupendek said...

erm septutnya si girl bimbing la saudara baru tu ke arah kebaikan.
bukan sama-sama bunuh diri.
tak guna saudara tu masuk islam.
dh terkeluar balik.
=.=

yusuflaili said...

Salam;
nak buat mcm mana benda dah berlaku..tapi bagus untuk tauladan yang masih hidup termasuk aku....

Ridzwan Mohamed said...

pandai sungguh manusia sekarang ni bercinta

Ungu Violet said...

ingat mati leh selesaikan masalah ke...lg tambah masalah lam kubur adalah...huhu

astaghfirullah....sama2lh jdkan pengajaran....
masih ada lagi cinta Allah yg abadi...

HARITH ISKANDAR said...

setuju.bodoh sungguh.. :( tp tetap tauladan utk semua lebih2 lg utk aku :(

Pure Mahabbah Fillah said...

assalam..

Allah memberi hidayah kpd sesiapa yg Allah mahukan..

Bila hidayah dtg ke dlm diri n kita merasainya...genggamlah seerat2nya...jgn lps wlu sedetik..n mintalah doa mcm nie..

"ya Allah jgn kau bolak balikkn hatiku setelah memberikan hidayah kpdku"..

si kiut lavender said...

ruby: amin..terima kasih syg atas pemberian doa tersebut