Posts

Showing posts from May, 2015

Ada Apa Dengan Rasa

Assalamualaikum w.b.t sekian lama...  ya sekian lama dibiarkan ruangan ini sepi sebarang kisah untuk ditampal. hari ini, jiwa tetiba tiba-tiba menjadi bergelojak untuk menjengah ke ruangan yang setelah sekian lama ditinggal. jemari terasa ingin sekali untuk menaip semula mencoretkan apa yang dirasai menceritakan apa yang telah dilalui. selama ini,  diri ini terlalu hanyut di alam kampus. hampir tiga tahun berada di negeri bawah bayu ini, mengejar satu hasrat yang selama ini dikejar untuk orang tua. dan masa itu kian hampir, tempoh tiga tahun yang diperlukan dah makin di penghujung. jujur dikatakan, diri ini tak bersedia.. tak bersedia untuk terima hakikat bahawa kami bakal berpisah.  sepanjang tiga tahun ini, diri ini terlalu bahagia. sedikit pun tiada kesal  datang ke sini untuk menuntut ilmu.  kerana kebahagian itu,  membuatkan diri ini tidak sedikit pun terasa,  masa berlalu begitu pantas. terlalu pantas. perl