Posts

Showing posts from 2013

Kehilangan

Image
    Assalamualaikum w.b.t    Hari tanpa diduga, telah terima suatu berita yang tak menyenangkan, Suatu berita di telinga orang lain telah menjadi suatu khabaran yang  lama membasi, Tapi masih baru di pemikiran pada diri ini...   Menerima kehilangan seorang insan yang pernah menggetarkan hati, Membuatkan jantung mengepak-ngepak bak rama-rama berterbangan indah, Semestinya terasa seperti masa seolah-olah telah berhenti Otak terasa beku untuk menerima     Jari lantas membuka laman facebooknya Ya, hakikatnya terpampang di situ   Salam takziah memenuhi ruangan akaun facebooknya   Dia dah pergi..   Dalam sendu, diri berteleku di sejadah, Memohon arwah di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman…     #minda terimbau akan kisah lalu…   Di saat suara seraknya melaungkan azan, Di saat dirinya jugalah yang mengimamkan kami semua, Dan di saat dialah juga yang mengalunkan bacaan doa, Dan, dari situl

Haruman Ramadhan #2: Erti ramadhan

Image
    Assalamualaikum w.b.t       Alhamdulillah... Seminggu sudah kita berada di bulan yang penuh barakah ini. Diharap "mood" ramadhan masih kebal pada diri masing-masing Dan sentiasa berebut-rebut meningkatkan keimanan diri dan mendidik serta menjinakkan nafsu Ramadhan biasanya dikaitkan dengan bulan penuh penyucian, diertikan sebagai solat sunat terawih, perebutan malam Lailatur Qadar berlumba-lumba mengkhatam al-Quran. kini, Ramadhan kebanyakkannya diertikan dengan bazaar ramadhan, diertikan dengan Malam Tujuh Likur pasang pelita, lawan main mercun bola antara jiran sebelah, berbuka puasa di hotel-hotel mewah, berbuka puasa dengan makanan-makanan mewah, berbuka puasa macam nak celebrate birthday party, pergaulan tak terbatas, mengurangkan pahala puasa roh ramadhan dah makin hilang, 1 ramadhan dah ada jualan-jualan raya, dah terngiang-ngiang lagu raya, dah sibuk memikirkan warna baju raya, memikirkan juadah-juadah di hari raya,....

Haruman Ramadhan #1

Image
    Assalamualaikum w.b.t     Alhamdulillah… Untuk yang kesekian kalinya kita berjumpa kembali di bulan yang penuh kebaikkan ini Dan terasa sangatlah lega sebab dapat pulang ke bumi Langkawi Untuk bersama-sama menikmati ibadah puasa bersama keluarga Syukurlah… Kerana kebetulan cuti semester SKL tepat-tepat bulan puasa Jadi, tak perlulah nak berpuasa di rantau orang.   Sebenarnya, dah lama SKl balik ke rantau sendiri Tapi, hati belum berganjak untuk membuka laman blog Tambah-tambah lagi terasa jari nih kaku sangat nak menaip semula Almaklumlah, dah lama tak menaip.. Tapi diusahakan jugak untuk ambil semangat nak menulis balik Dengan berbekalkan semangat Ramadhan Akan diusahakan jemari dan juga fikiran untuk menulis hal-hal yang berfaedah untuk dikongsi bersama Jadi, di sini.. Dengan tibanya 1 Ramadhan, SKL ucapkan salam ramadhan kepada semua Diharap ramadhan kali ini lebih baik daripada sebelumnya..

Gurindam Jiwa

Image
    Assalamualaikum w.b.t     Ya Allah..punyalah lama SKL membiarkan ruangan ini sepi tanpa cerita dah lama tak menjenguk ke sini bukan sengaja ingin melupakan tapi tuntutan seorang pelajar sangatlah membataskan masa SKL untuk mengupdate blog bohonglah cakap tak da masa langsung tapi SKL nak cari masa yang betul-betul kosong dan berkualiti masa tu hanya diperuntukkan untuk berblogging semata bolehlah update blog then pegi melawat rakan-rakan yang lain sebab SKl akan rasa bersalah yang teramat kalau update blog tapi tak balas kedatangan korang semua sepanjang ketiadaan SKL ni pun ada juga yang datang bertandang meninggalkan komen membuatkan SKL lagi bertambah bersalah.   kemunculan SKL hari ni buat SKL rasa bingung sekejap dah lama hilang jadi cerita pun banyak yang ingin diceritakan hingga SKL tak tau nak mulakan dari mana   agak-agak korang nak SKL cerita tentang apa dulu? adakah tentang perkembangan lelaki yang SKL sukai sebelum nih.?

The Broken Heart

Image
Assalamualaikum w.b.t Pertama sekali SKL nak ucapkan si pembuat header yang sudi buat header kat SKl buat kali kedua sebenarnya dah lama dapat header ni tapi tak bernafsu lagi nak letak kat dalam blog nih baru sekarang berkelapangan nak letak maaf ye si pembuat header, bukan main marah lagi dia SKL lambat letak.. maaf nen maap maap amacam dengan header baru SKL?cun kan kan kan.... :D hari nih bernafsu sikit nak bercerita, nak menyucikan blog dari sawang labah-labah tapi isi entry agak spoil sikit memandangkan hati SKL ketika ini agak broken.uhuk..~~ tapi, sebelum SKL bercerita dengan lebih panjang SKL nak cakap tentang Sabah ni ha.. umum dah tau kan keadaan Sabah buat masa nih yang agak huru hara bukan hanya fokus kepada Lahad Datu semata tapi mungkin dah berada di mana-mana. panggilan dan mesej dari keluarga, sedara dan rakan dari semenanjung  buat SKL tergigit handphone sendiri sebab kena menjawab benda yang sama berulang kali. Kami selamat disini.

itu ini begitu begini

Image
Assalamualaikum w.b.t Kadangkala kita tak sedar sesetengah manusia yang buruk tingkah laku disebabkan kita. Masyarakat sekeliling yang membentuk seseorang tu jadi macam tuh. kadangkala budak baik berubah jadi yang sebaliknya disebabkan orang sekeliling yang melabelnya sebegitu. "kalau itu apa yang orang fikirkan, baiklah aku akan lakukannya" sedih bukan? begitu juga orang yang baru keluar dari pusat pemulihan atau baru saja ada nawaitu nak berubah, nak insaf. Tapi masyarakat tetap memandang keji.  "orang kalau dah busuk pakai wangian apa pun tetap busuk" "kalau dah "sampah" tuh, sampai bila pun akan tetap jadi "sampah" jugak" manusia dah lupa yang sampah sekarang nih boleh dikitar semula, begitu juga dengan manusia... Si budak kecil jika ditanya tentang cita dan impian takkan wujud "nak jadi penjahat", "nak jadi pelacur". semuanya impikan hal yang indah belaka. si pencuri /si

Psikologi

Image
Assalamualaikum w.b.t Hari ni SKL sedikit terdetik nak cerita serba sedikit tentang psikologi. sesuatu ilmu yang SKL belajar sekarang nih. dulu mula-mula masa dapat course nih memang blurr sikit sebab SKL duk target nak kaunseling. oh ya, lupa nak cakap.. psikologi dekat universiti SKL ada empat cabang that is Psikologi Belia dan komuniti, Psikologi Industri dan Organisasi, Psikologi kaunseling dan Psikologi kanak-kanak dan keluarga. SKl dapat rezeki dekat psikologi Belia dan komuniti..tersangatlah belia dan bermasyarakatnya SKl nih -_- awal masuk U nak berkenalan dengan orang mesti kena bagitau course yang kita ambik kan.? jadi bila dah bagitau course memang ayat yang selalu dengar "bahaya nih boleh baca fikiran orang." tak pun "wah,psiko psiko" #_# disebabkan ini SKL macam lost sikit masa mula-mula nak belajar tambah-tambah pulak bila first day class dah dapat bertimbun assignment memang lagilah rasa sesat T_T tapi makin lama belajar belajar da

i'm coming home

Image
Assalamualaikum w.b.t "i'm coming home, i'm coming home, tell the world that i'm coming" akhirnya..setelah berbulan lamanya, dapat jugak tanah langkawi yang sekian lama tak jejak HAHA...sebenarnya SKL dah balik sabtu yang lepas. tapi tak sempat nak update sebab balik ja  sepupu sepapat dengan kengkawan ajak melepak  dari pagi ke petang, malam memang dah tak ada tenaga nak ngadap then nak perah otak update  waktu cuti InsyaAllah..SKL akan rajin update sambil-sambil membela lemak.. adoi..baru ja berapa hari balik SKl dah dapat rasa ada perubahan.. badan nak nek plak, tapi tak kisah..janji enjoy..ohyeah. ^_- oh ya! hari tu SKL dah janji kan nak update pasal psikologi cinta kan.? ha..... hari tu exam, eseinya soalan pasal psikologi cinta.,. perghh.. deras ja SKl dengan geng-geng study group SKl karang jawapan.. kahkahkah.. ok ok ok.. dalam psikologi cinta ada tiga teori Two-Factor Theory, Multifactor Theory n Cinta Tiga Segi

Hello To Myself

Image
Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah.. dah masuk minggu kedua untuk tahun baru nih. tapi baru sekarang nih SKL sempat nak update pasal tahun baru nih dan pasal entry sebelum ni SKl nak cerita bermacam cerita tu rasanya nantila  kita story mory untuk next entry, boleh cerita sama pasal psikologi cinta tuh.. *ehem,,banyak pulak yang nak tau pasal psikologi cinta kan..kehkehkeh.. tak sempat nak cerita lebih-lebih sebab sekarang nih tengah final membuatkan feel nak cerita macam down sikit Pasal tahun baru nih.. SKl tak sempat nak rasa sebab duk bergelut dengan final. dah lepas 3 paper..alhamdulillah dan tengah menunggu nuh ada lagi 4 lagi..*mohon doa untuk SKL ya..(^^,) kalau kat langkawi dulu mesti sempat nak pi tengok bunga apilah. buat azam barulah..aiseymeh.. ha, bercakap pasal azam nih,  mesti masing-masing dah ada azam baru kan.. tapi, jup.. azam SKL tahun lepas rasanya dah tercapai kot,KOT rasanyalah kot, tak pasti sebab SKL sendiri p