Posts

Showing posts from 2012

Life is not Fairytales

Image
Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah,,akhirnya sampai jugak seru nak mengadap blog tercinta nih punyalah lama tak berupdate dari awal SKL masuk UMS dan sekarang nih dah nak habis sem pun ~Final oh final~ please be nice to me.. banyak yang SKL nak ceritakan kat sini.. first sekali moleklah kalau cerita dari mula kan.. pasal roomate SKl yang asal dari pelbagai negeri Johor ada, Kelantan ada, Sabah ada, Kedah pun ada.. ehem.. roomate SKL semuanya bagus-bagus.. ada yang alim ada yang jenis study hard sampai tercabar SKL dibuatnya dari malas terus jadi rajin ada yang jenis kuat tidur dan ada yang jenis suka berdating..er er er...=_= next, pasal course SKL psikologi pembangunan belia dan komuniti first impression bila dapat tau pasal course nih 0_0  =_=' -_- tak dapat imagine course pasal apa. dan apa kerjaya SKL lepas keluar nanti tapi.. lama - kelamaan SKL dapat faham  and just follow the flow bab paling best pasal &quo

Malang Tak Berbau

Image
   Assalamualaikum w.b.t     sekali lagi SKL membiarkan blog sepi tanpa sebarang kisah diharap semua pembaca masih lagi sudi datang ke sini dan sanggup membaca kisah kita yang tak seberapa nak indah nih..     Disebabkan SKl lama tak update jadi SKL ada baaanyaakk sangat cerita nak yang nak share kat sini semuanya pasal betapa tak bertuahnya hidup SKl sejak dua menjak nih   baru-baru nih lappy SKL rosak siap berbentuk bunga lagi.. cantik tapi kecantikkan itu menyakitkan hati         then, keesokkan harinya dalam tergesa-gesa ke hulur ke hilir dalam library kasut SKL dengan selamba badak dia ja nak malukan dia punya tuan boleh plak teputus di pertengahan jalan seksa, malu semua ada masa tuh adeii.. apa punya malangnya   pada hari seterusnya, bawakla SKL punya lappy ke pusat IT kat UMS nih kecewa deyh nak repair kena RM700 wuu...lebih bek beli baru kan kan kan.   so, hujung minggu SKl and the geng pergi merantau di ka

Diri Menjadi Sabahan

Image
Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah.. rupanya dah seminggu dua minggu errr opss nak dekat sebulan jugaklah duk kat bumi Sabah nih mulanya agak kelecehan dengan homesick yang menjadi - jadi di awal permulaan hidup sebagai pelajar kat dunia UMS ni tapi, alhamdulillah dengan pertemuan rakan- rakan yang jugak jauh dari keluarga, yang di saat ini hanya mampu bergantung pada rakan membuatkan diri dah boleh suaikan diri di tempat baru dalam hanya beberapa hari tiap hujung minggu pulak memang selalu menghabiskan duit kat shopping mall  yang terdekat nih..nak jalan kaki pun boleh *naseblah, UMS nih duk kat tengah-tengah bandar dan IBorneo adalah shopping mall yang paling besar kat Sabah sebenarnya, banyak benda yang SKL nak taipkan pasal kejutan yang dialami bila pertama kali jejak kaki ke UMS *_* kejutan dengan harga makanan yang mahal sedangkan kualiti yang agak errr...$_$ kejutan dengan orang-orangnya yang cun melecun dan kehensemannya yang terserlah ^_^ pasal Mingg

WW : tempat bersantai si kucing

Image
Assalamualaikum w.b.t sumber pic : amazingnara

Bulan Raya Bulan Merdeka

Image
Assalamualaikum w.b.t sejak minggu-minggu yang lalu,  laman sosial bising dengan tema lagu kemerdekaan tahun nih yang khabarnya ada unsur politik masa tu SKL sekalipun tak terdetik nak cuba- cuba dengar lagu tuh sampailah malam nih terasa jari terkinja-kinja search di youtube nak dengar lagu tuh buat sekian kalinya "macam malam ikut siang, macam bulan ikut matahari, Satu Malaysia terus berjuang, janji kita ditepati Hidup rakyat dibela Masa depan diberkati janji sudah ditepati kini masa balas budi .......... nak dengar selebihnya sila ke YOUTUBE    first time SKL tengok video kat youtube dislike sampai 30 +++..~_~ SKL bukan nak cakap pasal politik kat sini cuma agak terkilan, bukan agak tapi sangat terkilan lagu yang sepatutnya penuh dengan semangat patriotik  jadi lagu politik kesian kat budak-budak sekolah kena paksa nyanyi lagu nih nanti aura patriotik dah tak ada  hari yang sepatutnya hari mengenang jasa pejuang-pejuang terdahulu dah hilang yang ada hanyalah lagu politik y

Di pertengahan ramadhan

Image
Assalamualaikum w.b.t sedar tak sedar kita telah pun berada di pertengahan ramadhan dan SKL sedar sesangat yang dah lama sangat biarkan blog nih berhabuk berhapak tapi sejak-sejak masuk mood ramadhan ni jadi singkat sesangat suku masa nak buat persediaan untuk pergi ke tempat barunya suku masa lagi sibuk dengan nak kejar nikmat di bulan ramadhannya suku masa lagi sibuk buat kuih raya..hehehe.. klik untuk tumbesaran walau sesibuk mana pun kita  walau terhimpit mana pun kita dengan masa penambahan amal di bulan ramadhan jangan lupa untuk dikejar hingga ke hari nih belum ada satu hari pun yang SKL dapat full mark untuk checklist ramadhan tuh tapi, tak palah..cuba perlahan-lahan dengan didik diri tak dapat full mark tak apa  dapat suku mark pun jadilah sekurang-kurangnya kita cuba buat sesuatu di bulan ramadhan nih bukan hanya dengan berpuasa semata bukan dengan hanya pegi solat terawih semata tapi dengan rasai sendiri roh ramadhan tu yang sebenarnya "jadikan bulan Ramad

Metallica vs Sudirman

Image
Assalamualaikum w.b.t sejak semalam jantung berdegup kencang bagaikan Metallica buat konsert di lubuk jantung tapi degupan jantung itu kini kembali normal bagaikan Sudirman mendendangkan lagu salam terakhir lagaknya Alhamdulillah, walaupun tak dapat kursus yang diingini namun tetap bersyukur kerana berjaya menempatkan diri di ipta. tapi agak tersentak sedikit sebab ada teman - teman lain yang gagal namun syukurlah masih lagi dapat mengemukakan permohonan rayuan ke ipta. moga mereka selepas ini dapat membuat pilihan yang lebih bijak dan seterusnya melayakkan diri ke ipta. bila sama - sama dapat ke menara gading itu lebih manis kan destinasi seterusnya telah ditentukan. kehidupan baru bakal bermula. persaingannya juga berubah. persekitaran juga turut berubah. perjuangan akan menjadi lebih mencabar teruskan berjuang hingga ke akhirnya err..apakah ini?  macam nak pi berperang lagaknya dan sabah..sila tunggu kehadiranku dengan penuh sabar.. ^__^

WW : Infinity Pool

Image
Assalamualaikum w.b.t peh pergh piu awesomenya rasa kalau dapat mandi kat pool nih.. - Marina Bay Sand Hotel, Singapura -

manusia ka hantu.?

Assalamualaikum w.b.t kelmarin dekat rumah tok SKL ada buat kenduri sikit sibuknya sangatlah tak terkata malam pukul 10 lebih baru boleh jejak rumah  tapi SKL dengan kak SKL saja yang balik dulu rumah SKL dengan kak SKL berkembar jadinya masa balik tuh SKL sorang sajalah duk di rumah hujan renyai-renyai malam tuh buat SKL mudah nak terlelap dalam bilik terlupa nak mandi bersihkan diri sampailah.. "Assalamualaikum.." sayu saja orang bagi salam, sama perlahan dengan hujan yang turun tapi SKL hiraukan harap kak SKL kat sebelah rumah yang bukak pintu "Assalamualaikum.." lagi sayu.. dalam hati dah merungut kak tak bukak pintu dengan malas SKL terpaksa lepaskan bantal  dan jenguk kat tingkap bilik apa yang SKL nampak dalam gelap malam tu  ada sorang perempuan pimpim tangan sorang budak kecik dah pun menuju ke jalan dua orang tuh macam kak dengan anak menakan SKL SKL cepat-cepat bukak pintu, sebab anggap bayang orang tuh betul kak dengan anak menakan SKL mungkin ad

Sweet Love Story : Irma Hasmie dan Redza Syah

Image
Assalamualaikum w.b.t Walaupun agak terlambat tapi Skl tetap jugak nak ucapkan tahniah kepada pasangan yang bagaikan pinang dibelah dua.  sorang cantik sorang segak sama padan sama cocok sama romantik sama sweet moga terus bahagia hingga ke syurga terlalu indah pertemuan mereka bertemu di depan kaabah balik ke tanah air pihak lelaki terus masuk merisik sungguh syahdu selepas Irma dan suami selamat diijiabkabulkan.. alhamdulillah..kini bahagia milik Irma bersama suaminya.. sumber pic: the kliker

Bukan niat nak menghina

Image
Assalamualaikum w.b.t kelmarin SKL buat part time dekat tempat keja SKL dulu cuti hujung minggu tapi pelancong ramai mengalahkan musim cuti sekolah  dari pagi sampai ke petang tak putus-putus palancong melawat kat sini  dan bila ada pelanggan tak masuk kedai SKL SKL akan berdiri depan kedai dan 'mengusha' manusia-manusia yang lalu lalang bukan saja nak cari bahan untuk mengumpat ataupun nak mengata  tapi, anggaplah itu sebagai hobi SKL yang suka tengok keletah-keletah manusia yang lain sampailah satu masa adalah satu pasangan melayu ni masuk kat kedai sebelah walaupun pakai pakaian mengalah artis Hollywood tapi wajah kemelayuannya tu tetap ada si isteri : dekat -dekat sini ada tandas tak? kak S : adalah tandas awan kat hujung sana tapi jauh sikit, kalau nak yang dekat pi tandas kat masjid sebelah ni sajalah si isteri : eh, akak boleh masuk kat dalam masjid tu ka? (masa nih SKL pun terkedu dengar soalan nih) Kak S : eh, akak nih Islam kan ? si Isteri : Ya Allah..

A Teacher

Image
Assalamualaikum w.b.t Blog SKL dah bersarang teruk tapi nak mula 'cuci' sarang lelabah nih punyalah susah sebab  nak kena fight perangai malas yang dah mencapai tahap dewa dah nih Sejak balik dari interview dekat UUM tempoh hari  semangat SKL nak berblogging memang lost sangat-sangat rasa down ja sebab SKl tak dapat nak buat yang terbaik untuk interview tuh entah masih ada harapan ke tidak nih tunggu sajalah keputusannya macam mana disebabkan rasa lemah tak berjiwa SKL mulalah godek-godek hard disk tengok cerita apa yang tak pernah dilayan lagi dan Gokusen menjadi pilihan cerita jepun nih SKL tak layan sangat dengan berat hati berserta tahap kebosanan yang tak hingat mata pun mulalah melayan cerita jepun nih buat pertama kalinya layan punya layan sampai ke season 3 SKL layan termasuk The Movie sekali penangan cerita nih terlalu kuat sebab betul-betul tarik SKl ke zaman sekolah betul-betul rasa rindu sangat dengan sekolah ok jup, skl ceritakan dulu y

Ujilah dirinya

Image
Assalamualaikum w.b.t

Aku Ada, kau ada?

Image
Assalamualaikum w.b.t "Aku tahu dimana nak cari cinta mu Disni tak mungkin mengalah  Dengan apa yang mendatang Yang ku tahu ku cuba terbaik untukmu Yang indah jadikan kenangan Yang duka perbetulkan"  ♥♥ rasa puas hati sangat bila dapat hiburkan hati layan filem cinta komedi nih walaupun mula-mula tadi rasa macam nak terbahagi ja badan keliru nak tengok Men In Black 3 atau nak layan Aku ada, kau ada? disebabkanYana dan shaheizy sam yang berlakon dan juga filem nih buat dekat korea maka cerita melayu ini diutamakan dulu...>_< cerita omputih tuh lain harilah layan sekali sekala kita sokong sama cerita melayu pun bagus  ye dak..? :P oke, skl tak berapa pandai nak review filem itu ini. jadi kalau yang masih belum tengok tuh boleh pegi dekat blog PEN MERAH dekat situ dia ada ceritakan lebih lanjut lagi pasal cerita nih jadi, selamat berhibur ya..^_^ nampak secocok sangat diorang nih di Pulau Nami  ♥

five simple rules for happiness

Image
Assalamualaikum w.b.t

Tahniah Kelantan Tahniah Chelsea

Image
Assalamualaikum w.b.t semalam macam mana entah boleh terlayan final piala FA Kelantan dengan Sime darby terasa excited buat macam negeri sendiri yang lawan mungkin sebab terkena tempias semangat yang kuat dari penyokong-penyokong Kelantan. lagipun nak jugak tengok kehebatan kedua dua pasukan nih dan Alhamdulillah kemenangan berpihak pada Kelantan walaupun hanya penalti.. alah janji menang dan yang penting.. semalam..dua-dua sama hebat   dan untuk chelsea nak berjaga pagi-pagi tuh memang taklah baik bangun buat solat taubat lagi bagus tapi bangun pagi nih cepat-cepat ngadap lappy sebab nak taw keputusannya dan..oh yeah oh yeah.. Chelsea menang walaupun dengan sepakan penalti yeah...bahagianya dunia sebab dapat kenakan abang-abang kat rumah sebab diorang mula dengkikan Chelsea sejak Barcelona kalah aritu..>_< mula dari hari tuh kalau Chelsea ada kalah dalam apa-apa game mesti kena sindir pedas punya.=_= dan hari nih dapat senyapkan diorang sikit walaupun  ada mulut - mulut yan

Selamat Hari Guru ♥♥

Image
Assalamualaikum w.b.t setelah beberapa bulan meninggalkan sekolah hari yang amat istimewa buat guru-guru tingkatan enam di SMK Tunku Putra  turut mengukir 1001 kenangan manis buat bekas - bekas pelajar tingkatan enam 2010/2011 bila jejak sekolah balik hari nih rasa rindu tuh membuak-buak dalam diri bertemu dengan cikgu-cikgu tercinta adakan jamuan di bilik kuliah terasa macam diri masih berada di alam sekolah dan yang paling indah bila dapat berjumpa dengan kawan-kawan yang makin sihat belaka terima kasih buat segalanya cikgu segala kesusahan, kepayahan, kemanisan, kemasaman dan kepahitan yang telah kami ciptakan  semoga mampu menebusnya dengan penuh kemanisan di masa depan..>_<

alahai pembangunan

Image
Assalamualaikum w.b.t kawasan yang sebegini indah digondol dan ditarah untuk aktiviti pembangunan dan perumahan kadangkala projek yang dibuat terbengkalai dan terbiar di tempat SKL berjebah dengan pembangunan-pembangunan yang terbengkalai kalau siap pun sepi tak dikunjung sakit mata sakit hati sakit jiwa sebab dah rosakkan alam kemudian tak diuruskan dengan sebetulnya kemudian individu yang tak bertanggungjawab pulak dengan sewenangnya buat kawasan tu sebagai sarang maksiat, sarang penagihan dan segala sarang-sarang ada kaitannya sepatutnya dari pengurus projek, marketing sehingga buruh-buruh binaan patut bertanggungjawab dari mula sampai habis bila dah mula sesuatu projek kenalah bertanggungjawab hingga ke akhirnya bukan berhenti sekerap jalan meskipun banyak halangan yang ada macam tu jugalah dengan cinta bila dah sentuh hati seseorang bila dah memulakan sesuatu hubungan dan mula pasti pasti dia adalah jodoh kamu dare yourself untuk pastikan hubun