Ruby as a butterfly


Assalamualaikum w.b.t
salam bahagia buat reader2 yg chumil + kacak semua..

haritu dlam post SKL yg bertajuk i want to be a pencil   
adalah sorang insan iaitu Ruby dtg komen cakap yg dya nak jdi rama-rama ..


alahai ingatkan nak jadi batu Ruby seperti nama panggilan comelnya tuh
bila Ruby cakap nak jadi rama-rama tetiba ja teringat ada satu artikel sal rama-rama yg pernah di baca dalam buku motivasi karya DR. HM Tuah
buku motivasi tu diberi oleh kakak skl yg tersayang
boleh terbagi sebab masa tuh skl ngah down coz break ngan si dia..ehhe..
"membina rasa cinta"
bukan cinta utk org lain tapi kpda Allah n pda diri sendiri..


-buat Ruby-




 cuba kita pergi tangkap rama-rama tuh dan pegang rama- rama dengan sayapnya. Cuba tengok ada kan sesuatu yg melekat kat jari, warna dan corak rama-rama dah berpindah kat jari kita.Kemudian bila kita lepaskan rama-rama tuh, rama-rama tu akan terbang tapi lebih kepada terbuai dek angin. kalau lepas tuh ada lagi yg tangkapnya mesti dah x tertarik dengannya sebab warna dan corak pda rama- rama tersebut telah luntur. Keindahan rama-rama tersebut tidak dikagumi lagi.

kalau nak tau yg rama- rama ini ibarat dengan wanita. Rama-rama indah utk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap ada kali ada tangan yg tak berhak langsung ke atasnya cuba memegangnya. Memang fizikalnya tak ada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. Begitulah wanita. Wanita bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak yang indah, bila corak-corak tu telah pudar, wanita tu tak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah semasa bergelar ulat ia lebih dibenci. butterfly

Susah untuk  bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu kita dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu kita sedang digoda, dihambat dan dirayu jgn terlalu mudah menyerah sebab ingatlah kpda mereka yang bersusah payah memastikan kita dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. kita tidak muncul sendiri, sebaliknya kita adalah lambang pengorbanan ibu bapa.
butterfly


Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak kita ialah memelihara kehormatan. Selama mana kita memelihara kehormatan dan maruah diri kita berada pada terbaik, sebaik saja kita tak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, kita sudah kehilangan masa depan. postman-butterfly Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak senang ja terbang ke sana sini. Sebab setiap kali rama-rama mengibarkan sayapnya, rama-rama sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika kita tak pernah tahu kewanitaan kita itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, kita ibarat rama-rama yang tak sedar pun diri diintai bahaya.butterfly

Mahalkan harga diri kita. Semakin sukar kita dimiliki semakin mahal nilai kita di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi kita. tak perlulah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan merosakkan  warna-warna kita. Kalau warna- warna tu hilang kita akan dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, dengan itu kita akan lebih dihormati. Nilai kita bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki kita tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai kita. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana kita belum menemuinya anggaplah diri kita masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.butterfly


from bottom of my heart : jadilah rama-rama yang sempurnakan alam, wanita pula jadilah wanita yg membanggakan semua org.



Comments

nini said…
wah......suka entry ni...=D
GadisAntik said…
confirm ruby menitis air mata. kiki.. ;p
Bicara Bisu said…
assalam..

dear terharu sgt2....sedih...

x sangka da insan yg nk wat entry sal

dr nie...

From bottom of my heart...

Ruby mmg ska sgt rma2...klu Ruby sedih...10sion..bdmood..Ruby tgk rma2 Ruby akn tenang....cntik sgt rma2 tue...

tq dear...egtkn dia wat sal pa,,hukhuk...Ruby bwu nengok..ihiii

tq dear...

betui ckp sue tue..comfirm i sedih nie...hihiii

as a women...mmg semua kna jg dr sebaek yg mgkn...kta sgt2 bernilai...jgn biar hrga dr kita twun..jgn biar owg laen slh tfsir tntg dr kita...

tq awk..even kita x knai...just blog mengertkn ukhwah...Ruby syh pershbtn nie...

tq dear...
Ungu Violet said…
wahh...cantiknye entry...ada rerama terbang lg..suke2
syu : jgnla bgi nangis...t kang ase serba salah pulax..ish3..

syiekin : ^_______^ (haus diigatkan ini bukan karya 100% dri sya..isinya tlah diambil dri dr hm Tuah...saia cuma ubah suai skit2...

Ruby : wah, ayat awk lak wat sya terharu..moga ukhwah antra kita berpanjangan sampai bebila..amin...

cekgu ungu : boh rama2 tuh sebab nak bgi cantik sket entry heheh...entry pepanjang kena ada tarikan yg mcam tuh,..xdalah readers2 nak lae sbelum abeh membaca..heheh
nuruhuda_329 said…
comel kan rame2 hihihihi nice belog dear:)
nurulhudA : rama2 memang cantek n comel..indah utk dipndang tidak utk dipegang..^___^
Unknown said…
nice jer entry ni! hehe

Popular posts from this blog

A Teacher

Tahniah Kelantan Tahniah Chelsea