CONTEST AKU DAN QUOTE: SAHABAT VS CINTA
Assalamualaikum w.b.t
sekali lagi blog ini menjadi mangsa tag oleh NAL dan BUDAK COMEL
sebenarnya SKL agak kemalasan nak join semua benda nih
tapi, demi kawan dikhlaskan juga jari jemari ini menjoinkan diri
ditambah pula isi contestnya agak menarik
ditambah pula isi contestnya agak menarik
apa yang perlu dibuat dalam contest ini ialah
Pilih satu tema tentang SAHABAT atau CINTA :
setelah mengerahkan otak akhirnya tema SAHABAT menjadi pilihan
Bina satu quote yang menarik berkenaan tema yang dipilih:
A true companion is loving all the time, and is a brother that is born for when there is distress
kemudian, jawab soalan yang dikemukan dengan jujur
1) cari satu gambar yang bersesuaian dengan quote yang telah dibuat
*seorang sahabat mampu merasai kesedihan yang kita alami meskipun kita tersenyum
2) kenapa anda memilih quote tersebut?
Tidak semua keluarga mampu bertindak sebagai ahli keluarga dan kawan dalam satu masa, namun kebanyakan seorang sahabat mampu bertindak sebagai seorang kawan dan keluarga dalam satu masa. mereka tidak pernah kedekut dalam memberikan kasih sayang mereka dan sentiasa ada apabila teman mereka berada di saat saat sukar. sebab itulah terwujudnya pepatah "sometime family like a stranger, and stranger like a family" . keselesaan kita dalam meluahkan perasaan, mengongsi pelbagai rasa, bersama mencipta pelbagai memori dengan sahabat akan menjadi hal yang mustahil untuk dilupakan
3) untuk siapa quote tersebut ditujukan?
untuk teman, rakan, kawan, sahabat sejak dari Tadika, Sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah,..terima kasih diucapkan kerana sudi hadir dan wujud dalam hidup SKL serta bersama mencipta memori memori yang indah..tak dilupakan juga rakan rakan di alam maya iaitu rakan blog dan muka buku..semenjak SKL terjebak dalam dunia blog setiap hari SKL bertemu dengan insan insan baharu dan dan mempelajari ilmu ilmu baru..anda semua telah tercampak dan terikat kemas di dalam kotak hati..:)
4) apa pandangan anda tentang cinta sejati atau sahabat sejati (ikut tema yang dipilih)
sahabat sejati adalah insan yang sentiasa bergelak ketawa bersama, seronok dan gembira bersama, mengongsi kesedihan bersama namun tidak untuk air mata. teman yang sedang menangis dibiarkan terus menangis dan sahabat akan bertindak sama ada sebagai motivator yang baik ataupun pendengar yang baik. sahabat juga merupakan hadiah yang tidak ternilai yang dianugerahkan oleh Allah dan sahabat jugalah yang banyak menciptakan detik detik terindah dalam kehidupan serta mengajarkan kita tentang erti sebuah kehidupan yang sebenar
mangsa tag
||menang kalah adat permainan, untuk semua korang digalakkan meriahkan lagi contest ini sebab tak rugi kongsikan quote yang korang suka menjadi bacaan semua orang dan SKL teruja sangat-sangat sebab dapat baca quote yang menarik oleh blogger blogger yang telah pun selamat menjoinkan diri contest nih ||
:: tarikh tutup 9 Februari jam 11.00 malam ::
Comments
gudlark tahu. :D
semoga persahabatan maya kita berkekalan..:)
mmg segmen yg panjang :)