Haruman Ramadhan #1
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah…
Untuk yang kesekian
kalinya kita berjumpa kembali di bulan yang penuh kebaikkan ini
Dan terasa sangatlah
lega sebab dapat pulang ke bumi Langkawi
Untuk bersama-sama
menikmati ibadah puasa bersama keluarga
Syukurlah…
Kerana kebetulan cuti
semester SKL tepat-tepat bulan puasa
Jadi, tak perlulah
nak berpuasa di rantau orang.
Sebenarnya, dah lama
SKl balik ke rantau sendiri
Tapi, hati belum
berganjak untuk membuka laman blog
Tambah-tambah lagi
terasa jari nih kaku sangat nak menaip semula
Almaklumlah, dah
lama tak menaip..
Tapi diusahakan
jugak untuk ambil semangat nak menulis balik
Dengan berbekalkan
semangat Ramadhan
Akan diusahakan
jemari dan juga fikiran
untuk menulis hal-hal yang berfaedah untuk dikongsi
bersama
Jadi, di sini..
Dengan tibanya 1
Ramadhan,
SKL ucapkan salam
ramadhan kepada semua
Diharap ramadhan
kali ini lebih baik daripada sebelumnya..
Dengan adanya
ramadhan kali ini diharapkan semua
Dapat bersihkan
diri, sucikan roh, dan tingkatkan iman..
InsyaAllah…
Comments
yeah..x lama lg nak berbuka dah ni
Menangi HADIAH dengan MUDAH
Jemput JOIN..
http://umikasum.blogspot.com/2013/07/aku-pengarah-penerbit-video-nijom-klik.html
Akhirnya dapat jugak bw blog ni. Salam Ramadhan NAL ucapkan.