Thursday, July 18

Kehilangan

 
 
Assalamualaikum w.b.t
 




Hari tanpa diduga, telah terima suatu berita yang tak menyenangkan,

Suatu berita di telinga orang lain telah menjadi suatu khabaran yang  lama membasi,

Tapi masih baru di pemikiran pada diri ini...

 

Menerima kehilangan seorang insan yang pernah menggetarkan hati,

Membuatkan jantung mengepak-ngepak bak rama-rama berterbangan indah,

Semestinya terasa seperti masa seolah-olah telah berhenti

Otak terasa beku untuk menerima

 

 

Jari lantas membuka laman facebooknya

Ya, hakikatnya terpampang di situ

 

Salam takziah memenuhi ruangan akaun facebooknya

 

Dia dah pergi..

 

Dalam sendu, diri berteleku di sejadah,

Memohon arwah di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman…

 

 

#minda terimbau akan kisah lalu…

 

Di saat suara seraknya melaungkan azan,

Di saat dirinya jugalah yang mengimamkan kami semua,

Dan di saat dialah juga yang mengalunkan bacaan doa,

Dan, dari situlah hati ini terasa sesuatu...

 

Namun, dia sememangnya insan yang baik,

Rakan pendengar yang baik,

Dan insan yang baik kerap kali ditarik dahulu olehNya...

 

Perlahan-lahan hati kecil memaksa fikiran untuk menerima hakikat ini meski terasa kelat.
 
 
 

HD sad

10 comments:

kopi pasta said...

setiap yang bernyawa pasti akan mati termasuklah kita. doakan yg terbaik utk dia.

elyna mirsada said...

al-fatihah utk arwah..

reenapple said...

hidup dan mati lumrah kehidupan. Ajal dia sudah tiba. Al-Fatihah untuk dia.

boni kacak said...

sabar ye. yang hidup pasti akan pergi. cuma ajal menjemputnya awal sikit daripada kita semua.. sama2 kita doakan agar roh sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat orang-orang yang berima kepadaNYA. amin..

Pondok Usang said...

Yang Pergi dan Yang Hadir.. In the end, everything belongs to Allah SWT..

Pembunuh Tanpa Bayang : said...

takdir...kita tak akan pernah tahu tentang takdir dan masa depan.

Harith Iskandar said...

sy pun pernah kehilangan insan yg dkt dihati

aReLaN said...

al fatihah buatnya. moga rohnya dicucuri rahmat. amin...

LadyBird said...

smg ditempatkan di tempat yg mulia.. ameeeennnn

LadyBird said...

slmt hr raya dik.. maaf zahir n batin :D