Mengasah jemari yang menumpul

Bertahun,
mujur belum sampai sedekad.
ruang penulisan yang dulunya aku kerap meluah segala rasa,
hari ini aku tertarik untuk menjengah.

Aku berasa penasaran unuk menulis semula.
namun aku takut
segala apa yang aku nukilkan
akan terlihat sumbang semata.

Aku rindu
rindu untuk menulis
rindu untuk bergaul dengan rakan mayanya ku di sini.

Di kala aku tengah murung,
di kala aku gembira,
mereka datang untuk menyokong setiap satu rasa yang aku alami,
walau masing-masing tidak pernah bersua muka,
namun sokongan itu ada.

Hari ini,
aku tersenyum,
melihat komen komen lama di kisah usang yang terpapar.

Terima kasih rakan maya,
kerana telah hadir di dalam alam maya SKL.

Comments

Popular posts from this blog

A Teacher

Tahniah Kelantan Tahniah Chelsea