Saturday, February 9

itu ini begitu begini


Assalamualaikum w.b.t


Kadangkala kita tak sedar sesetengah manusia yang buruk tingkah laku disebabkan kita. Masyarakat sekeliling yang membentuk seseorang tu jadi macam tuh.

kadangkala budak baik berubah jadi yang sebaliknya disebabkan orang sekeliling yang melabelnya sebegitu.

"kalau itu apa yang orang fikirkan, baiklah aku akan lakukannya"

sedih bukan?

begitu juga orang yang baru keluar dari pusat pemulihan atau baru saja ada nawaitu nak berubah, nak insaf. Tapi masyarakat tetap memandang keji. 
"orang kalau dah busuk pakai wangian apa pun tetap busuk"
"kalau dah "sampah" tuh, sampai bila pun akan tetap jadi "sampah" jugak"

manusia dah lupa yang sampah sekarang nih boleh dikitar semula, begitu juga dengan manusia...

Si budak kecil jika ditanya tentang cita dan impian takkan wujud "nak jadi penjahat", "nak jadi pelacur".
semuanya impikan hal yang indah belaka.

si pencuri /si pelacur kalau dilihat di suatu sudut, mereka memang manusia yang tiada guna, mencari kesenangan dengan cara yang mudah. Malas berusaha.

tapi siapa tahu di suatu sudut yang lain...

si pencuri itu mencuri sebuku roti untuk si anaknya yang kelaparan

si pelacur yang telah dijual suaminya...

Manusia mana yang nak hidupnya hancur, masa depannya gelap, hidup yang terus menerus menghimpun dosa, tapi keadaan sekeliling yang menekan menyebabkan dia jadi macam tuh.

kita sebagai jangan terlalu cepat menilai, jangan terlalu mudah menjatuhkan hukum.

"Orang yang hina di mata manusia belum tentu hina dimata Allah SWT"






8 comments:

C.T.K said...

btul tu..jgn duk judge org dgn skali pandangan je...cuba pikir ape penyebabnya..huhu

Miss Purple Ungu said...

Don't judge the book by its cover

Haiii SKL *sambil lambai tgn*

Encik H said...

yup..betul tu..mentaliti org kat malaysia ni ialah mudah dan cepat nak judge org lain..:)

reenapple said...

Manusia suka menghakimi tanpa sebarang usul periksa.

Ku Syida said...

Setuju!!!!!!!

محمد رازيق said...

adala bila kita menuding jari, sama sperti menuding ke batang hidung sendiri

Novelgurl said...

kan.semuanya bermula dari diri sendiri.

9n0L4 said...

haah. persekitaran sgt penting utk perkembangan budak. :)