Posts

Mengasah jemari yang menumpul

Bertahun, mujur belum sampai sedekad. ruang penulisan yang dulunya aku kerap meluah segala rasa, hari ini aku tertarik untuk menjengah. Aku berasa penasaran unuk menulis semula. namun aku takut segala apa yang aku nukilkan akan terlihat sumbang semata. Aku rindu rindu untuk menulis rindu untuk bergaul dengan rakan mayanya ku di sini. Di kala aku tengah murung, di kala aku gembira, mereka datang untuk menyokong setiap satu rasa yang aku alami, walau masing-masing tidak pernah bersua muka, namun sokongan itu ada. Hari ini, aku tersenyum, melihat komen komen lama di kisah usang yang terpapar. Terima kasih rakan maya, kerana telah hadir di dalam alam maya SKL.

Ada Apa Dengan Rasa

Assalamualaikum w.b.t sekian lama...  ya sekian lama dibiarkan ruangan ini sepi sebarang kisah untuk ditampal. hari ini, jiwa tetiba tiba-tiba menjadi bergelojak untuk menjengah ke ruangan yang setelah sekian lama ditinggal. jemari terasa ingin sekali untuk menaip semula mencoretkan apa yang dirasai menceritakan apa yang telah dilalui. selama ini,  diri ini terlalu hanyut di alam kampus. hampir tiga tahun berada di negeri bawah bayu ini, mengejar satu hasrat yang selama ini dikejar untuk orang tua. dan masa itu kian hampir, tempoh tiga tahun yang diperlukan dah makin di penghujung. jujur dikatakan, diri ini tak bersedia.. tak bersedia untuk terima hakikat bahawa kami bakal berpisah.  sepanjang tiga tahun ini, diri ini terlalu bahagia. sedikit pun tiada kesal  datang ke sini untuk menuntut ilmu.  kerana kebahagian itu,  membuatkan diri ini tidak sedikit pun terasa,  masa berlalu begitu pa...

Rindu

rindu. rindu pada yang di depan dekat tapi sebenarnya jauh. sangat membunuh #ada yang bertanya di ruangan ni, apa itu psikologi, apa yang SKL belajar dalam psikologi dan lain-lain. tapi sebelum SKL menjawab semua persoalan tu. apa sebenarnya kamu faham tentang psikologi?

The Inheritors vs AJL 28

Image
Assalamualaikum w.b.t Semenjak balik sehinggalah ke hari ni, selain menternak lemak menonton drama Korea yang bertimbun di dalam external adalah rutin utama yang dilakukan sepanjang cuti semester.  Dalam banyak-banyak drama, The Inheritors yang menjadi pilihan untuk ditonton, dan akhirnya setelah 5 hari selesai 20 episod.  haish....tengok darama korea sekarang ni dah tak serancak dulu.  dulu bukan main, dua hari dah habis, sekarang jenuh merangkak nak habiskan. Mungkin sebab dah kurang feel kot..   SKL tak nak ulas banyak-banyak tentang drama ni, tapi kalau korang peminat Lee Min Ho bolehlah layan. SKL tak minat sangat Lee Min Ho. Boleh tertarik nak tengok sebab ada Woo Bin je..hehehe SKL tak pasti kenapa boleh ter'attract' kat mamat ni.. mungkin terkesan dengan watak yang dia pegang dalam drama School 2013 kot. start daripada tu SKL mula tertarik dengan mamat ni dan nak follow dia punya lakonan. So, untuk drama The Inheritors ni la...

Home sweet home

Assalamualaikum w.b.t Indahnya bila dapat jejak kembali ke bumi tercinta setelah beberapa bulan merantau di hujung Malaysia untuk tuntut ilmu, dan buat sekian kalinya juga blog yang dulunya peneman dan juga tempat luahan rasa akan diabaikan. kununnya, terlampau sibuk.. berkahir sudah semester tiga dan semester depan akan melangkah ke semester empat. terasa terlalu pantas masa berlalu, seolah-olah baru saja bagitau kat sini yang SKl bakal melanjutkan pelajaran di Sabah. tup-tup dah habis 3 sem... sepanjang tiga sem. alhamdulillah, dulunya yang SKL cakap SKL perlu bersedia dengan dunia luar yang mungkin lebih kejam, sebenarnya tak ada yang kejam pun tentang hidup ni. pahit masam tawar manis semua tu lumrah dalam hidup. bohonglah kalau nak katakan tak ada dugaan mahupun ujian yang berat sepanjang berada kat sini. tapi bila kita lebih menghargai saat-saat gembira dalam hidup, perkara yang pahit pun akan dapat ditukar menjadi manis. enjoy je hidup ni sela...

Kehilangan

Image
    Assalamualaikum w.b.t    Hari tanpa diduga, telah terima suatu berita yang tak menyenangkan, Suatu berita di telinga orang lain telah menjadi suatu khabaran yang  lama membasi, Tapi masih baru di pemikiran pada diri ini...   Menerima kehilangan seorang insan yang pernah menggetarkan hati, Membuatkan jantung mengepak-ngepak bak rama-rama berterbangan indah, Semestinya terasa seperti masa seolah-olah telah berhenti Otak terasa beku untuk menerima     Jari lantas membuka laman facebooknya Ya, hakikatnya terpampang di situ   Salam takziah memenuhi ruangan akaun facebooknya   Dia dah pergi..   Dalam sendu, diri berteleku di sejadah, Memohon arwah di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman…     #minda terimbau akan kisah lalu…   Di saat suara seraknya melaungkan azan, Di saat dirinya jugalah yang mengimamkan kami semua, ...

Haruman Ramadhan #2: Erti ramadhan

Image
    Assalamualaikum w.b.t       Alhamdulillah... Seminggu sudah kita berada di bulan yang penuh barakah ini. Diharap "mood" ramadhan masih kebal pada diri masing-masing Dan sentiasa berebut-rebut meningkatkan keimanan diri dan mendidik serta menjinakkan nafsu Ramadhan biasanya dikaitkan dengan bulan penuh penyucian, diertikan sebagai solat sunat terawih, perebutan malam Lailatur Qadar berlumba-lumba mengkhatam al-Quran. kini, Ramadhan kebanyakkannya diertikan dengan bazaar ramadhan, diertikan dengan Malam Tujuh Likur pasang pelita, lawan main mercun bola antara jiran sebelah, berbuka puasa di hotel-hotel mewah, berbuka puasa dengan makanan-makanan mewah, berbuka puasa macam nak celebrate birthday party, pergaulan tak terbatas, mengurangkan pahala puasa roh ramadhan dah makin hilang, 1 ramadhan dah ada jualan-jualan raya, dah terngiang-ngiang lagu raya, dah sibuk memikirkan warna baju raya, memikirkan juadah-jua...

Haruman Ramadhan #1

Image
    Assalamualaikum w.b.t     Alhamdulillah… Untuk yang kesekian kalinya kita berjumpa kembali di bulan yang penuh kebaikkan ini Dan terasa sangatlah lega sebab dapat pulang ke bumi Langkawi Untuk bersama-sama menikmati ibadah puasa bersama keluarga Syukurlah… Kerana kebetulan cuti semester SKL tepat-tepat bulan puasa Jadi, tak perlulah nak berpuasa di rantau orang.   Sebenarnya, dah lama SKl balik ke rantau sendiri Tapi, hati belum berganjak untuk membuka laman blog Tambah-tambah lagi terasa jari nih kaku sangat nak menaip semula Almaklumlah, dah lama tak menaip.. Tapi diusahakan jugak untuk ambil semangat nak menulis balik Dengan berbekalkan semangat Ramadhan Akan diusahakan jemari dan juga fikiran untuk menulis hal-hal yang berfaedah untuk dikongsi bersama Jadi, di sini.. Dengan tibanya 1 Ramadhan, SKL ucapkan salam ramadhan kepada semua Diharap ramadhan kali ini lebih baik...

Gurindam Jiwa

Image
    Assalamualaikum w.b.t     Ya Allah..punyalah lama SKL membiarkan ruangan ini sepi tanpa cerita dah lama tak menjenguk ke sini bukan sengaja ingin melupakan tapi tuntutan seorang pelajar sangatlah membataskan masa SKL untuk mengupdate blog bohonglah cakap tak da masa langsung tapi SKL nak cari masa yang betul-betul kosong dan berkualiti masa tu hanya diperuntukkan untuk berblogging semata bolehlah update blog then pegi melawat rakan-rakan yang lain sebab SKl akan rasa bersalah yang teramat kalau update blog tapi tak balas kedatangan korang semua sepanjang ketiadaan SKL ni pun ada juga yang datang bertandang meninggalkan komen membuatkan SKL lagi bertambah bersalah.   kemunculan SKL hari ni buat SKL rasa bingung sekejap dah lama hilang jadi cerita pun banyak yang ingin diceritakan hingga SKL tak tau nak mulakan dari mana   agak-agak korang nak SKL cerita tentang apa dulu? adakah tentang perkembangan l...

The Broken Heart

Image
Assalamualaikum w.b.t Pertama sekali SKL nak ucapkan si pembuat header yang sudi buat header kat SKl buat kali kedua sebenarnya dah lama dapat header ni tapi tak bernafsu lagi nak letak kat dalam blog nih baru sekarang berkelapangan nak letak maaf ye si pembuat header, bukan main marah lagi dia SKL lambat letak.. maaf nen maap maap amacam dengan header baru SKL?cun kan kan kan.... :D hari nih bernafsu sikit nak bercerita, nak menyucikan blog dari sawang labah-labah tapi isi entry agak spoil sikit memandangkan hati SKL ketika ini agak broken.uhuk..~~ tapi, sebelum SKL bercerita dengan lebih panjang SKL nak cakap tentang Sabah ni ha.. umum dah tau kan keadaan Sabah buat masa nih yang agak huru hara bukan hanya fokus kepada Lahad Datu semata tapi mungkin dah berada di mana-mana. panggilan dan mesej dari keluarga, sedara dan rakan dari semenanjung  buat SKL tergigit handphone sendiri sebab kena menjawab benda yang sama berulang kali. Kami selamat dis...

itu ini begitu begini

Image
Assalamualaikum w.b.t Kadangkala kita tak sedar sesetengah manusia yang buruk tingkah laku disebabkan kita. Masyarakat sekeliling yang membentuk seseorang tu jadi macam tuh. kadangkala budak baik berubah jadi yang sebaliknya disebabkan orang sekeliling yang melabelnya sebegitu. "kalau itu apa yang orang fikirkan, baiklah aku akan lakukannya" sedih bukan? begitu juga orang yang baru keluar dari pusat pemulihan atau baru saja ada nawaitu nak berubah, nak insaf. Tapi masyarakat tetap memandang keji.  "orang kalau dah busuk pakai wangian apa pun tetap busuk" "kalau dah "sampah" tuh, sampai bila pun akan tetap jadi "sampah" jugak" manusia dah lupa yang sampah sekarang nih boleh dikitar semula, begitu juga dengan manusia... Si budak kecil jika ditanya tentang cita dan impian takkan wujud "nak jadi penjahat", "nak jadi pelacur". semuanya impikan hal yang indah belaka. si pencuri /si ...

Psikologi

Image
Assalamualaikum w.b.t Hari ni SKL sedikit terdetik nak cerita serba sedikit tentang psikologi. sesuatu ilmu yang SKL belajar sekarang nih. dulu mula-mula masa dapat course nih memang blurr sikit sebab SKL duk target nak kaunseling. oh ya, lupa nak cakap.. psikologi dekat universiti SKL ada empat cabang that is Psikologi Belia dan komuniti, Psikologi Industri dan Organisasi, Psikologi kaunseling dan Psikologi kanak-kanak dan keluarga. SKl dapat rezeki dekat psikologi Belia dan komuniti..tersangatlah belia dan bermasyarakatnya SKl nih -_- awal masuk U nak berkenalan dengan orang mesti kena bagitau course yang kita ambik kan.? jadi bila dah bagitau course memang ayat yang selalu dengar "bahaya nih boleh baca fikiran orang." tak pun "wah,psiko psiko" #_# disebabkan ini SKL macam lost sikit masa mula-mula nak belajar tambah-tambah pulak bila first day class dah dapat bertimbun assignment memang lagilah rasa sesat T_T tapi makin lama belajar belajar da...

i'm coming home

Image
Assalamualaikum w.b.t "i'm coming home, i'm coming home, tell the world that i'm coming" akhirnya..setelah berbulan lamanya, dapat jugak tanah langkawi yang sekian lama tak jejak HAHA...sebenarnya SKL dah balik sabtu yang lepas. tapi tak sempat nak update sebab balik ja  sepupu sepapat dengan kengkawan ajak melepak  dari pagi ke petang, malam memang dah tak ada tenaga nak ngadap then nak perah otak update  waktu cuti InsyaAllah..SKL akan rajin update sambil-sambil membela lemak.. adoi..baru ja berapa hari balik SKl dah dapat rasa ada perubahan.. badan nak nek plak, tapi tak kisah..janji enjoy..ohyeah. ^_- oh ya! hari tu SKL dah janji kan nak update pasal psikologi cinta kan.? ha..... hari tu exam, eseinya soalan pasal psikologi cinta.,. perghh.. deras ja SKl dengan geng-geng study group SKl karang jawapan.. kahkahkah.. ok ok ok.. dalam psikologi cinta ada tiga teori Two-Factor Theory, Multifactor Theory n Cinta Tiga Segi...

Hello To Myself

Image
Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah.. dah masuk minggu kedua untuk tahun baru nih. tapi baru sekarang nih SKL sempat nak update pasal tahun baru nih dan pasal entry sebelum ni SKl nak cerita bermacam cerita tu rasanya nantila  kita story mory untuk next entry, boleh cerita sama pasal psikologi cinta tuh.. *ehem,,banyak pulak yang nak tau pasal psikologi cinta kan..kehkehkeh.. tak sempat nak cerita lebih-lebih sebab sekarang nih tengah final membuatkan feel nak cerita macam down sikit Pasal tahun baru nih.. SKl tak sempat nak rasa sebab duk bergelut dengan final. dah lepas 3 paper..alhamdulillah dan tengah menunggu nuh ada lagi 4 lagi..*mohon doa untuk SKL ya..(^^,) kalau kat langkawi dulu mesti sempat nak pi tengok bunga apilah. buat azam barulah..aiseymeh.. ha, bercakap pasal azam nih,  mesti masing-masing dah ada azam baru kan.. tapi, jup.. azam SKL tahun lepas rasanya dah tercapai kot,KOT rasanyalah kot, tak pasti sebab...

Life is not Fairytales

Image
Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah,,akhirnya sampai jugak seru nak mengadap blog tercinta nih punyalah lama tak berupdate dari awal SKL masuk UMS dan sekarang nih dah nak habis sem pun ~Final oh final~ please be nice to me.. banyak yang SKL nak ceritakan kat sini.. first sekali moleklah kalau cerita dari mula kan.. pasal roomate SKl yang asal dari pelbagai negeri Johor ada, Kelantan ada, Sabah ada, Kedah pun ada.. ehem.. roomate SKL semuanya bagus-bagus.. ada yang alim ada yang jenis study hard sampai tercabar SKL dibuatnya dari malas terus jadi rajin ada yang jenis kuat tidur dan ada yang jenis suka berdating..er er er...=_= next, pasal course SKL psikologi pembangunan belia dan komuniti first impression bila dapat tau pasal course nih 0_0  =_=' -_- tak dapat imagine course pasal apa. dan apa kerjaya SKL lepas keluar nanti tapi.. lama - kelamaan SKL dapat faham  and just follow the flow bab paling best pasal...

Malang Tak Berbau

Image
   Assalamualaikum w.b.t     sekali lagi SKL membiarkan blog sepi tanpa sebarang kisah diharap semua pembaca masih lagi sudi datang ke sini dan sanggup membaca kisah kita yang tak seberapa nak indah nih..     Disebabkan SKl lama tak update jadi SKL ada baaanyaakk sangat cerita nak yang nak share kat sini semuanya pasal betapa tak bertuahnya hidup SKl sejak dua menjak nih   baru-baru nih lappy SKL rosak siap berbentuk bunga lagi.. cantik tapi kecantikkan itu menyakitkan hati         then, keesokkan harinya dalam tergesa-gesa ke hulur ke hilir dalam library kasut SKL dengan selamba badak dia ja nak malukan dia punya tuan boleh plak teputus di pertengahan jalan seksa, malu semua ada masa tuh adeii.. apa punya malangnya   pada hari seterusnya, bawakla SKL punya lappy ke pusat IT kat UMS nih kecewa deyh nak repair kena RM700 wuu...lebih bek beli baru kan kan ka...

Diri Menjadi Sabahan

Image
Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah.. rupanya dah seminggu dua minggu errr opss nak dekat sebulan jugaklah duk kat bumi Sabah nih mulanya agak kelecehan dengan homesick yang menjadi - jadi di awal permulaan hidup sebagai pelajar kat dunia UMS ni tapi, alhamdulillah dengan pertemuan rakan- rakan yang jugak jauh dari keluarga, yang di saat ini hanya mampu bergantung pada rakan membuatkan diri dah boleh suaikan diri di tempat baru dalam hanya beberapa hari tiap hujung minggu pulak memang selalu menghabiskan duit kat shopping mall  yang terdekat nih..nak jalan kaki pun boleh *naseblah, UMS nih duk kat tengah-tengah bandar dan IBorneo adalah shopping mall yang paling besar kat Sabah sebenarnya, banyak benda yang SKL nak taipkan pasal kejutan yang dialami bila pertama kali jejak kaki ke UMS *_* kejutan dengan harga makanan yang mahal sedangkan kualiti yang agak errr...$_$ kejutan dengan orang-orangnya yang cun melecun dan kehensemannya yang terserlah ^_^ pasal M...

WW : tempat bersantai si kucing

Image
Assalamualaikum w.b.t sumber pic : amazingnara

Bulan Raya Bulan Merdeka

Image
Assalamualaikum w.b.t sejak minggu-minggu yang lalu,  laman sosial bising dengan tema lagu kemerdekaan tahun nih yang khabarnya ada unsur politik masa tu SKL sekalipun tak terdetik nak cuba- cuba dengar lagu tuh sampailah malam nih terasa jari terkinja-kinja search di youtube nak dengar lagu tuh buat sekian kalinya "macam malam ikut siang, macam bulan ikut matahari, Satu Malaysia terus berjuang, janji kita ditepati Hidup rakyat dibela Masa depan diberkati janji sudah ditepati kini masa balas budi .......... nak dengar selebihnya sila ke YOUTUBE    first time SKL tengok video kat youtube dislike sampai 30 +++..~_~ SKL bukan nak cakap pasal politik kat sini cuma agak terkilan, bukan agak tapi sangat terkilan lagu yang sepatutnya penuh dengan semangat patriotik  jadi lagu politik kesian kat budak-budak sekolah kena paksa nyanyi lagu nih nanti aura patriotik dah tak ada  hari yang sepatutnya hari mengenang jasa pejuang-pejuang terdahulu dah hilang yang ada hany...

Di pertengahan ramadhan

Image
Assalamualaikum w.b.t sedar tak sedar kita telah pun berada di pertengahan ramadhan dan SKL sedar sesangat yang dah lama sangat biarkan blog nih berhabuk berhapak tapi sejak-sejak masuk mood ramadhan ni jadi singkat sesangat suku masa nak buat persediaan untuk pergi ke tempat barunya suku masa lagi sibuk dengan nak kejar nikmat di bulan ramadhannya suku masa lagi sibuk buat kuih raya..hehehe.. klik untuk tumbesaran walau sesibuk mana pun kita  walau terhimpit mana pun kita dengan masa penambahan amal di bulan ramadhan jangan lupa untuk dikejar hingga ke hari nih belum ada satu hari pun yang SKL dapat full mark untuk checklist ramadhan tuh tapi, tak palah..cuba perlahan-lahan dengan didik diri tak dapat full mark tak apa  dapat suku mark pun jadilah sekurang-kurangnya kita cuba buat sesuatu di bulan ramadhan nih bukan hanya dengan berpuasa semata bukan dengan hanya pegi solat terawih semata tapi dengan rasai sendiri roh ramadhan tu yang sebenarnya "jadikan bulan R...