Metallica vs Sudirman

Assalamualaikum w.b.t sejak semalam jantung berdegup kencang bagaikan Metallica buat konsert di lubuk jantung tapi degupan jantung itu kini kembali normal bagaikan Sudirman mendendangkan lagu salam terakhir lagaknya Alhamdulillah, walaupun tak dapat kursus yang diingini namun tetap bersyukur kerana berjaya menempatkan diri di ipta. tapi agak tersentak sedikit sebab ada teman - teman lain yang gagal namun syukurlah masih lagi dapat mengemukakan permohonan rayuan ke ipta. moga mereka selepas ini dapat membuat pilihan yang lebih bijak dan seterusnya melayakkan diri ke ipta. bila sama - sama dapat ke menara gading itu lebih manis kan destinasi seterusnya telah ditentukan. kehidupan baru bakal bermula. persaingannya juga berubah. persekitaran juga turut berubah. perjuangan akan menjadi lebih mencabar teruskan berjuang hingga ke akhirnya err..apakah ini? macam nak pi berperang lagaknya dan sabah..sila tunggu kehadiranku dengan penuh sabar.. ^__^