Posts

Mengasah jemari yang menumpul

Bertahun, mujur belum sampai sedekad. ruang penulisan yang dulunya aku kerap meluah segala rasa, hari ini aku tertarik untuk menjengah. Aku berasa penasaran unuk menulis semula. namun aku takut segala apa yang aku nukilkan akan terlihat sumbang semata. Aku rindu rindu untuk menulis rindu untuk bergaul dengan rakan mayanya ku di sini. Di kala aku tengah murung, di kala aku gembira, mereka datang untuk menyokong setiap satu rasa yang aku alami, walau masing-masing tidak pernah bersua muka, namun sokongan itu ada. Hari ini, aku tersenyum, melihat komen komen lama di kisah usang yang terpapar. Terima kasih rakan maya, kerana telah hadir di dalam alam maya SKL.

Ada Apa Dengan Rasa

Assalamualaikum w.b.t sekian lama...  ya sekian lama dibiarkan ruangan ini sepi sebarang kisah untuk ditampal. hari ini, jiwa tetiba tiba-tiba menjadi bergelojak untuk menjengah ke ruangan yang setelah sekian lama ditinggal. jemari terasa ingin sekali untuk menaip semula mencoretkan apa yang dirasai menceritakan apa yang telah dilalui. selama ini,  diri ini terlalu hanyut di alam kampus. hampir tiga tahun berada di negeri bawah bayu ini, mengejar satu hasrat yang selama ini dikejar untuk orang tua. dan masa itu kian hampir, tempoh tiga tahun yang diperlukan dah makin di penghujung. jujur dikatakan, diri ini tak bersedia.. tak bersedia untuk terima hakikat bahawa kami bakal berpisah.  sepanjang tiga tahun ini, diri ini terlalu bahagia. sedikit pun tiada kesal  datang ke sini untuk menuntut ilmu.  kerana kebahagian itu,  membuatkan diri ini tidak sedikit pun terasa,  masa berlalu begitu pantas. terlalu pantas. perl

Rindu

rindu. rindu pada yang di depan dekat tapi sebenarnya jauh. sangat membunuh #ada yang bertanya di ruangan ni, apa itu psikologi, apa yang SKL belajar dalam psikologi dan lain-lain. tapi sebelum SKL menjawab semua persoalan tu. apa sebenarnya kamu faham tentang psikologi?

The Inheritors vs AJL 28

Image
Assalamualaikum w.b.t Semenjak balik sehinggalah ke hari ni, selain menternak lemak menonton drama Korea yang bertimbun di dalam external adalah rutin utama yang dilakukan sepanjang cuti semester.  Dalam banyak-banyak drama, The Inheritors yang menjadi pilihan untuk ditonton, dan akhirnya setelah 5 hari selesai 20 episod.  haish....tengok darama korea sekarang ni dah tak serancak dulu.  dulu bukan main, dua hari dah habis, sekarang jenuh merangkak nak habiskan. Mungkin sebab dah kurang feel kot..   SKL tak nak ulas banyak-banyak tentang drama ni, tapi kalau korang peminat Lee Min Ho bolehlah layan. SKL tak minat sangat Lee Min Ho. Boleh tertarik nak tengok sebab ada Woo Bin je..hehehe SKL tak pasti kenapa boleh ter'attract' kat mamat ni.. mungkin terkesan dengan watak yang dia pegang dalam drama School 2013 kot. start daripada tu SKL mula tertarik dengan mamat ni dan nak follow dia punya lakonan. So, untuk drama The Inheritors ni lakonannya ti

Home sweet home

Assalamualaikum w.b.t Indahnya bila dapat jejak kembali ke bumi tercinta setelah beberapa bulan merantau di hujung Malaysia untuk tuntut ilmu, dan buat sekian kalinya juga blog yang dulunya peneman dan juga tempat luahan rasa akan diabaikan. kununnya, terlampau sibuk.. berkahir sudah semester tiga dan semester depan akan melangkah ke semester empat. terasa terlalu pantas masa berlalu, seolah-olah baru saja bagitau kat sini yang SKl bakal melanjutkan pelajaran di Sabah. tup-tup dah habis 3 sem... sepanjang tiga sem. alhamdulillah, dulunya yang SKL cakap SKL perlu bersedia dengan dunia luar yang mungkin lebih kejam, sebenarnya tak ada yang kejam pun tentang hidup ni. pahit masam tawar manis semua tu lumrah dalam hidup. bohonglah kalau nak katakan tak ada dugaan mahupun ujian yang berat sepanjang berada kat sini. tapi bila kita lebih menghargai saat-saat gembira dalam hidup, perkara yang pahit pun akan dapat ditukar menjadi manis. enjoy je hidup ni sela

Kehilangan

Image
    Assalamualaikum w.b.t    Hari tanpa diduga, telah terima suatu berita yang tak menyenangkan, Suatu berita di telinga orang lain telah menjadi suatu khabaran yang  lama membasi, Tapi masih baru di pemikiran pada diri ini...   Menerima kehilangan seorang insan yang pernah menggetarkan hati, Membuatkan jantung mengepak-ngepak bak rama-rama berterbangan indah, Semestinya terasa seperti masa seolah-olah telah berhenti Otak terasa beku untuk menerima     Jari lantas membuka laman facebooknya Ya, hakikatnya terpampang di situ   Salam takziah memenuhi ruangan akaun facebooknya   Dia dah pergi..   Dalam sendu, diri berteleku di sejadah, Memohon arwah di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman…     #minda terimbau akan kisah lalu…   Di saat suara seraknya melaungkan azan, Di saat dirinya jugalah yang mengimamkan kami semua, Dan di saat dialah juga yang mengalunkan bacaan doa, Dan, dari situl

Haruman Ramadhan #2: Erti ramadhan

Image
    Assalamualaikum w.b.t       Alhamdulillah... Seminggu sudah kita berada di bulan yang penuh barakah ini. Diharap "mood" ramadhan masih kebal pada diri masing-masing Dan sentiasa berebut-rebut meningkatkan keimanan diri dan mendidik serta menjinakkan nafsu Ramadhan biasanya dikaitkan dengan bulan penuh penyucian, diertikan sebagai solat sunat terawih, perebutan malam Lailatur Qadar berlumba-lumba mengkhatam al-Quran. kini, Ramadhan kebanyakkannya diertikan dengan bazaar ramadhan, diertikan dengan Malam Tujuh Likur pasang pelita, lawan main mercun bola antara jiran sebelah, berbuka puasa di hotel-hotel mewah, berbuka puasa dengan makanan-makanan mewah, berbuka puasa macam nak celebrate birthday party, pergaulan tak terbatas, mengurangkan pahala puasa roh ramadhan dah makin hilang, 1 ramadhan dah ada jualan-jualan raya, dah terngiang-ngiang lagu raya, dah sibuk memikirkan warna baju raya, memikirkan juadah-juadah di hari raya,....