Monday, January 27

The Inheritors vs AJL 28


Assalamualaikum w.b.t

Semenjak balik sehinggalah ke hari ni, selain menternak lemak menonton drama Korea yang bertimbun di dalam external adalah rutin utama yang dilakukan sepanjang cuti semester. 
Dalam banyak-banyak drama, The Inheritors yang menjadi pilihan untuk ditonton, dan akhirnya setelah 5 hari selesai 20 episod. 
haish....tengok darama korea sekarang ni dah tak serancak dulu. 
dulu bukan main, dua hari dah habis, sekarang jenuh merangkak nak habiskan.
Mungkin sebab dah kurang feel kot..

 


SKL tak nak ulas banyak-banyak tentang drama ni, tapi kalau korang peminat Lee Min Ho bolehlah layan. SKL tak minat sangat Lee Min Ho. Boleh tertarik nak tengok sebab ada Woo Bin je..hehehe


SKL tak pasti kenapa boleh ter'attract' kat mamat ni.. mungkin terkesan dengan watak yang dia pegang dalam drama School 2013 kot. start daripada tu SKL mula tertarik dengan mamat ni dan nak follow dia punya lakonan. So, untuk drama The Inheritors ni lakonannya tidak menghampakan...tetap ada daya tarikannya yang tersendiri.

*selesai satu drama, godek pulak drama yang lain. sungguh cuti ni terisi dengan penuh drama.


# btw tahniah buat Hafiz sebab menjuarai AJL 28. he deserve to it. masa live SKL sengaja tak tengok dia punya show, his song quite hurting me, ada kisahnya yang tersendiri, tapi bila dah dia menang persembahan terbaik, agaklah tertarik nak tengok show dia, mujur ada Tonton, and yeah...bukan dia punya prop yang buat SKL terpukau tapi Hafiz punya aura dalam menyampaikan lagu.. sangat ada feel dan pendengar dapat merasainya..congrate to you hafiz.

sumber pic :tv3 malaysia




Tuesday, January 21

Home sweet home


Assalamualaikum w.b.t


Indahnya bila dapat jejak kembali ke bumi tercinta setelah beberapa bulan merantau di hujung Malaysia untuk tuntut ilmu,
dan buat sekian kalinya juga blog yang dulunya peneman dan juga tempat luahan rasa akan diabaikan.
kununnya, terlampau sibuk..


berkahir sudah semester tiga dan semester depan akan melangkah ke semester empat.
terasa terlalu pantas masa berlalu,
seolah-olah baru saja bagitau kat sini yang SKl bakal melanjutkan pelajaran di Sabah.
tup-tup dah habis 3 sem...


sepanjang tiga sem. alhamdulillah, dulunya yang SKL cakap SKL perlu bersedia dengan dunia luar yang mungkin lebih kejam, sebenarnya tak ada yang kejam pun tentang hidup ni. pahit masam tawar manis semua tu lumrah dalam hidup. bohonglah kalau nak katakan tak ada dugaan mahupun ujian yang berat sepanjang berada kat sini. tapi bila kita lebih menghargai saat-saat gembira dalam hidup, perkara yang pahit pun akan dapat ditukar menjadi manis.

enjoy je hidup ni selagi ianya masih dalam batasan Islam..sebab terlalu rugi kalau selalu fikirkan perkara-perkara yang pahit je.

# Kita tak kan kenal pelangi sekiranya takut dengan hujan, kita tak kan faham erti kesedihan sekiranya kita hanya kenal dengan ketawa