Thursday, July 18

Kehilangan

 
 
Assalamualaikum w.b.t
 




Hari tanpa diduga, telah terima suatu berita yang tak menyenangkan,

Suatu berita di telinga orang lain telah menjadi suatu khabaran yang  lama membasi,

Tapi masih baru di pemikiran pada diri ini...

 

Menerima kehilangan seorang insan yang pernah menggetarkan hati,

Membuatkan jantung mengepak-ngepak bak rama-rama berterbangan indah,

Semestinya terasa seperti masa seolah-olah telah berhenti

Otak terasa beku untuk menerima

 

 

Jari lantas membuka laman facebooknya

Ya, hakikatnya terpampang di situ

 

Salam takziah memenuhi ruangan akaun facebooknya

 

Dia dah pergi..

 

Dalam sendu, diri berteleku di sejadah,

Memohon arwah di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman…

 

 

#minda terimbau akan kisah lalu…

 

Di saat suara seraknya melaungkan azan,

Di saat dirinya jugalah yang mengimamkan kami semua,

Dan di saat dialah juga yang mengalunkan bacaan doa,

Dan, dari situlah hati ini terasa sesuatu...

 

Namun, dia sememangnya insan yang baik,

Rakan pendengar yang baik,

Dan insan yang baik kerap kali ditarik dahulu olehNya...

 

Perlahan-lahan hati kecil memaksa fikiran untuk menerima hakikat ini meski terasa kelat.
 
 
 

HD sad

Tuesday, July 16

Haruman Ramadhan #2: Erti ramadhan

 
 
Assalamualaikum w.b.t
 
 
 
Alhamdulillah...
Seminggu sudah kita berada di bulan yang penuh barakah ini.
Diharap "mood" ramadhan masih kebal pada diri masing-masing
Dan sentiasa berebut-rebut meningkatkan keimanan diri
dan mendidik serta menjinakkan nafsu


Ramadhan biasanya dikaitkan dengan bulan penuh penyucian,
diertikan sebagai solat sunat terawih,
perebutan malam Lailatur Qadar
berlumba-lumba mengkhatam al-Quran.

kini,

Ramadhan kebanyakkannya diertikan dengan bazaar ramadhan,
diertikan dengan Malam Tujuh Likur pasang pelita,
lawan main mercun bola antara jiran sebelah,
berbuka puasa di hotel-hotel mewah,
berbuka puasa dengan makanan-makanan mewah,
berbuka puasa macam nak celebrate birthday party,
pergaulan tak terbatas, mengurangkan pahala puasa


roh ramadhan dah makin hilang,
1 ramadhan dah ada jualan-jualan raya,
dah terngiang-ngiang lagu raya,
dah sibuk memikirkan warna baju raya,
memikirkan juadah-juadah di hari raya,....


tapi bagi SKL,
bulan ramadhan ini sangat dihargai,
sebab semasa bulan ramadhan inilah,
kami sekeluarga dapat makan bersama,
bersembang mesra,
dan pergi masjid bersama menunaikan solat sunat terawih.
Indah dan tenang...

 
 
sumber gambar : Fahadee






Wednesday, July 10

Haruman Ramadhan #1

 
 
Assalamualaikum w.b.t
 
 
Alhamdulillah…
Untuk yang kesekian kalinya kita berjumpa kembali di bulan yang penuh kebaikkan ini
Dan terasa sangatlah lega sebab dapat pulang ke bumi Langkawi
Untuk bersama-sama menikmati ibadah puasa bersama keluarga
Syukurlah…
Kerana kebetulan cuti semester SKL tepat-tepat bulan puasa
Jadi, tak perlulah nak berpuasa di rantau orang.
 
Sebenarnya, dah lama SKl balik ke rantau sendiri
Tapi, hati belum berganjak untuk membuka laman blog
Tambah-tambah lagi terasa jari nih kaku sangat nak menaip semula
Almaklumlah, dah lama tak menaip..
Tapi diusahakan jugak untuk ambil semangat nak menulis balik
Dengan berbekalkan semangat Ramadhan
Akan diusahakan jemari dan juga fikiran
untuk menulis hal-hal yang berfaedah untuk dikongsi bersama

Jadi, di sini..
Dengan tibanya 1 Ramadhan,
SKL ucapkan salam ramadhan kepada semua
Diharap ramadhan kali ini lebih baik daripada sebelumnya..
Dengan adanya ramadhan kali ini diharapkan semua
Dapat bersihkan diri, sucikan roh, dan tingkatkan iman..
InsyaAllah…