Friday, May 31

Gurindam Jiwa

 
 
Assalamualaikum w.b.t
 
 
Ya Allah..punyalah lama SKL membiarkan ruangan ini sepi tanpa cerita
dah lama tak menjenguk ke sini
bukan sengaja ingin melupakan
tapi tuntutan seorang pelajar sangatlah membataskan masa SKL untuk mengupdate blog
bohonglah cakap tak da masa langsung
tapi SKL nak cari masa yang betul-betul kosong dan berkualiti
masa tu hanya diperuntukkan untuk berblogging semata
bolehlah update blog then pegi melawat rakan-rakan yang lain
sebab SKl akan rasa bersalah yang teramat kalau update blog tapi
tak balas kedatangan korang semua
sepanjang ketiadaan SKL ni pun ada juga yang datang bertandang meninggalkan komen
membuatkan SKL lagi bertambah bersalah.
 
kemunculan SKL hari ni buat SKL rasa bingung sekejap
dah lama hilang
jadi cerita pun banyak yang ingin diceritakan
hingga SKL tak tau nak mulakan dari mana
 
agak-agak korang nak SKL cerita tentang apa dulu?
adakah tentang perkembangan lelaki yang SKL sukai sebelum nih.?
atau tentang Dialog cinta,sebuah forum yang SKl hadiri padat dengan inpu-input berguna
atau tentang psikologi lagi.?
SKL tengok banyak saja yang berminat tentang course psikologi nih ka.
so korang buatlah keputusan cerita apa yang korang nak SKL update dulu
 
dengan masa yang ada ni boleh g round-round dulu jenguk rakan-rakan blogger yang dirindui sekalian...^^,
 
OPSS...lupa plak..mohon doakan moga SKL dapat buat yang terbaik untuk final akan datang nih..sekarang nih tengah study week...SKL curi masa sikit-sikit saja nak luangkan masa ke sini..