Saturday, March 9

The Broken Heart


Assalamualaikum w.b.t

Pertama sekali SKL nak ucapkan si pembuat header yang sudi buat header kat SKl buat kali kedua
sebenarnya dah lama dapat header ni tapi tak bernafsu lagi nak letak kat dalam blog nih
baru sekarang berkelapangan nak letak
maaf ye si pembuat header, bukan main marah lagi dia SKL lambat letak..
maaf nen maap maap
amacam dengan header baru SKL?cun kan kan kan.... :D

hari nih bernafsu sikit nak bercerita, nak menyucikan blog dari sawang labah-labah
tapi isi entry agak spoil sikit memandangkan hati SKL ketika ini agak broken.uhuk..~~
tapi, sebelum SKL bercerita dengan lebih panjang SKL nak cakap tentang Sabah ni ha..
umum dah tau kan keadaan Sabah buat masa nih yang agak huru hara
bukan hanya fokus kepada Lahad Datu semata tapi mungkin dah berada di mana-mana.
panggilan dan mesej dari keluarga, sedara dan rakan dari semenanjung 
buat SKL tergigit handphone sendiri sebab kena menjawab benda yang sama berulang kali.
Kami selamat disini.InsyaAllah...
dan SKL sangat menghargai pertanyaan-pertanyaan mereka terasa diri ini sangat dihargai.aceiwah..


jadi, sekarang nih kita berbalik semula kepada topik asal, tapi SKl nak bagi warning siap-siap.
please, jangan ketawakan SKl. kalau tak lagi broken hati ni tau.uhuks.
kalau tak terluah kat sini. mana lagi SKl nak contengkan rasa hati.

ehem.semuanya bermula dari sem lepas. rasa suka nih SKL syak mungkin disebabkan "attachment".
mungkin sebab kami selalu sama-sama. sebab tu boleh tersuka.
mungkin sebab kawan-kawan duk kenen-kenenkan kami berdua. sebab tu boleh tersuka.
mungkin sebab kami suka main aci tumbuk-tumbuk kot. sebab tu boleh tersuka.
atau mungkin dia lelaki yang lembut-lembut, kena dengan taste SKl tu yang boleh tersuka..
ouch,,please jangan gelakkan SKL
SKl pun tak faham dengan diri SKL macam mana boleh ada taste dengan lelaki lembut nih
lelaki yang "adik-adik" nih bila nampak ja mesti terpandang dua tiga kali..aduhai mak...
terpakulah kononnya kan..
atau mungkin sebab dah jemu kot dengan orang yang badan tough macam En Ben, banyak sangat peminat orang macam tuh

 

dan yang boleh jadi brokennya bila si pembuat header nih, err..that whylah SKL tak mention siapa si pembuat header sebab dia ada kaitan dengan cerita nih yang jugak merupakan teman rapat SKL serta seorang blogger..
err...ermmm..macam mana nak cerita ea,,si pembuat header nilah yang menyampaikan cerita bahawasanya dia syak lelaki yang SKL tersuka nih mungkin seorang gay..OH my...arghh..
padanlah dengan muka sendiri
tapi rasa suka tu bukan boleh dikawal..kalau dah tersuka tu sukalah jadinya even dia tuh err...mungkin gay
erghh...mungkin ja pun kan..belum pasti 100% lagi..
sebab tak ada bukti yang kukuh lagi.
and then, a few minutes later, si pembuat header tu kata pulak "mungkin tak kot"
hesh..main tarik tali sungguhlah..


dan kelmarin.hati terasa macam ditoreh duri landak.
"diri ini telah dikecewakan untuk kali kedua"  *ayat status Fb yang telah diubahsuai.
tak menahan betul bila status beliau ditag dekat SKL dan kawan-kawan yang lain pun kena jugak
tapi perlu ke nak ditag dekat SKl..ah, tidakkah beliau sedar yang diri nih menyukai dirinya dalam diam hanya melihat melalui tingkah lakuku..uhuks,
dan disini nampak sedikitlah kot dia agak normal menjadi lelaki.
ditambah pula si lelaki tu pernah cerita tentang kisah cintanya yang dahulu kala..cintanya normal ok membuatkan kebarangkalian dia normal adalah lebih tinggi.

 

dan kini, diri dah betul-betul down.
walaupun status beliau yang kena reject dengan manusia mana ntah.
sepatutnya berita tuh menjadi khabar berita yang baik SKl, ianya satu peluang
tapi lain rasa yang muncul, ianya satu rasa yang aneh. sukar untuk difahami.
dan pertama kalinya terasa ada butir-butir jernih yang turun.
butir-butir tersebut terasa panas dan tidak diketahui alasan yang kukuh sebab ianya perlu keluar.

 

haish..penatnya jadi agape (ingat lagi tak psikologi cinta yang SKl bagitau dulu.?skl dalam situasi tersebut).
suka diam-diam, rindu diam-diam, jeles diam-diam.
sakit pun diam-diam.. malulah kalau kengkawan tau...ni boleh tau dekat sorang pun jadilah..*si pembuat header.
hope orang tuh boleh simpan kot rahsia nih ye..

dan
si pembuat header,
tolong 'kami'. 'kami' bebetul sakit ni.

mak oi..panjangnya..harap kalian tak jemulah yer...^^,