Saturday, September 22

Diri Menjadi Sabahan


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah..
rupanya dah seminggu dua minggu errr
opss nak dekat sebulan jugaklah duk kat bumi Sabah nih

mulanya agak kelecehan dengan homesick yang menjadi - jadi di awal permulaan hidup sebagai pelajar
kat dunia UMS ni
tapi, alhamdulillah dengan pertemuan rakan- rakan yang jugak jauh dari keluarga, yang di saat ini hanya mampu bergantung pada rakan
membuatkan diri dah boleh suaikan diri di tempat baru dalam hanya beberapa hari
tiap hujung minggu pulak memang selalu menghabiskan duit kat shopping mall  yang terdekat nih..nak jalan kaki pun boleh
*naseblah, UMS nih duk kat tengah-tengah bandar
dan IBorneo adalah shopping mall yang paling besar kat Sabah


sebenarnya, banyak benda yang SKL nak taipkan
pasal kejutan yang dialami bila pertama kali jejak kaki ke UMS *_*
kejutan dengan harga makanan yang mahal sedangkan kualiti yang agak errr...$_$
kejutan dengan orang-orangnya yang cun melecun dan kehensemannya yang terserlah ^_^
pasal Minggu Suai Mesra yang paling gempak terbaik dan awesome (belum pernah lagi SKL attend minggu Orentasi yang best nih dan ini akan menjadi memori terindah dalam hidup)
pasal first kuliah dah bagi dua assignment (lap youlah lec..*_*)
dan paling best dapat belajaq macam-macam variasi bahasa kat sini, sabahan ada, sawarakian ada , kelate ada, dan banyak lagi..geng kedah perlis agak sedikit terpencil..sabaq jelah -_-


Roomate, so far so good..
tambah-tambah untuk second intake ada budak sabahan
dah siap buat planning lagi raya haji nih nak melancong mana tanpa keluarkan kos yang tinggi hikhikhik(*yelah,,tak dapat balik kan..T_T)

bertemu dan berkawan dengan banyak bangsa dan etnik merupakan benda yang paling terindah dalam hidup SKL
yelah, sebelum nih berkawan dengan orang melayu saja
sebab sekolah SKL 100% Melayu
dulu, kalau kat sekolah yang bercampur nih SKL akan tengok
Melayu dengan Melayu
India dengan India
dan China dengan China
tapi konsep tu berbeza kat sini
semuanya bercampur
dan kalau ada orang cakap Chinese tu lokek dengan ilmu
kalau buat study group akan nampak geng mereka saja
tapi, berbeza pulak dengan situasi yang SKL alami
mereka bercampur tak kira bangsa
share ilmu yang mereka tau
kongsi-kongsi pendapat tentang assignment yang kena buat
dan sedikit sebanyak situasi ni melegakan hati SKL dalam menuntut Ilmu

rasanya cukuplah untuk setakat ni..
cerita banyak-banyak kang bosan plak
cuma apa yang dicakapkan hampir sebulan duk kat sini rasanya berat badan dah makin turun untuk setengah kilo,setengah jerk.-_____-
dan NAL pun rasanya berat badannya sedang menurun dengan rancaknya,,
kalau nak tau apa rahsianya sila rujuk pada beliau ya..kehkehkeh,^__^



p/s:lupa nak cakap yang UMS ni merupakan universiti yang mempunyai landskap tercantik di Asia tenggara,(bangga sat) jadi bagi sesiapa yang nak sambung belajaq tu bolehla jadikan UMS sebagai pilihan, bukan indah khabar dari rupa atau auta semata tapi itulah hakikatnya, kalau tak percaya sila mai singgah sini dan lihat sendiri..lalalla