Wednesday, June 27

A Teacher


Assalamualaikum w.b.t

Blog SKL dah bersarang teruk tapi nak mula 'cuci' sarang lelabah nih punyalah susah sebab 
nak kena fight perangai malas yang dah mencapai tahap dewa dah nih



Sejak balik dari interview dekat UUM tempoh hari 
semangat SKL nak berblogging memang lost sangat-sangat
rasa down ja sebab SKl tak dapat nak buat yang terbaik untuk interview tuh
entah masih ada harapan ke tidak nih
tunggu sajalah keputusannya macam mana





disebabkan rasa lemah tak berjiwa
SKL mulalah godek-godek hard disk tengok cerita apa yang tak pernah dilayan lagi
dan Gokusen menjadi pilihan
cerita jepun nih SKL tak layan sangat
dengan berat hati berserta tahap kebosanan yang tak hingat
mata pun mulalah melayan cerita jepun nih buat pertama kalinya
layan punya layan
sampai ke season 3 SKL layan termasuk The Movie sekali


penangan cerita nih terlalu kuat sebab betul-betul tarik SKl ke zaman sekolah
betul-betul rasa rindu sangat dengan sekolah


ok jup, skl ceritakan dulu ya sinopsis dia
mungkin ada lagi yang belum tengok cerita nih
yang jugak agak ketinggalan macam SKL nak layan cerita-cerita macam nih


Gokusen menceritakan tentang seorang guru perempuan yang bernama Yamaguchi Kumiko yang juga merupakan cucu perempuan kepada seorang ketua Yakuza serta pewaris utama kumpulan yakuza tersebut setelah dia kehilangan ibu bapa. Namun, Kumiko tidak berhajat untuk menjadi pengganti datuknya kerana ingin menjadi seorang cikgu sama seperti ayahnya dulu dan datuknya menghormati keputusan cucu perempuannya.


dan akhirnya Kumiko berjaya menempatkan diri di sebuah sekolah pelajar lelaki. Kumiko ditugaskan untuk menjadi guru kelas yang mempunyai pelajar-pelajar bermasalah. di sinilah bermulanya bermacam kisah. Kumiko yang dipanggil dengan gelaran Yankumi oleh pelajarnya diajar dengan penuh dedikasi meskipun terlalu banyak rintangan perlu dihadapi demi meraih kepercayaan anak murid supaya mereka boleh mempercayai guru semula, Kumiko bukan saja mengajar pelajarnya tentang hal akademik tapi tentang hidup





SKL banyak tersenyum bila layan setiap kisah dalam Gokusen nih. setiap episod terlalu banyak nilai diterapkan. Sangat sempurna. SKL banyak terkesan dengan kata - kata Yankumi. Yankumi mengajar pelajar-pelajarnya tentang persahabatan, tentang keluarga, tentang cinta, tentang kejatuhan, tentang kekecewaan, tentang impian, tentang harapan, tentang masa depan,...... terlalu banyak 'tentang'nya sampai penat nak menaip.^___^

apa yang pasti SKL berazam nak jadi cikgu macam Yankumi. walaupun tak boleh nak fight-fight macam yankumi buat untuk selamatkan anak murid dia. Cukuplah dengan memikat pelajar dengan kata-kata. kata -kata yang baik sememangnya dapat move kan hidup seseorang. sentiasa ikhlaskan diri dengan setiap kerja keras yang kita lakukan sebagai cikgu Insya Allah pelajar dapat menerima kita

eceih..itu pun kalau SKL berjaya dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan
bila fikirkan balik pasal interview..adeis...rasa lemah
tapi apa pun siapkan diri...
apa jua keputusan SKL terima
tak ada peluang untuk menjadi pendidik mungkin ada benda yang lebih baik yang sesuai untuk SKL..InsyaAllah

| bagi yang ada masa lapang tuh bolehla melayankan diri tengok cerita nih kat youtube. gokusen 1 gokusen 2 gokusen 3  gokusen the movie| selamat enjoy ya..^_^