Assalamualaikum w.b.t
dah masuk tahun 2012
jadi dengan rasminya SKL telah meninggalkan identiti sebagai seorang pelajar sekolah
wah,terasa bangga sebentar bila dah dapat tinggalkan alam persekolahan..hee..:D
bila menyedari yang diri dah hilang statusnya sebagai pelajar sekolah nih
tetiba teringat masa mula-mula SKL bergelar seorang pelajar
2 tahun belajar di tadika
kenangan?
agak sedikit kabur
apa yang pasti tadika tuh dulunya dekat dengan rumah SKL
dan SKL adalah budak yang paling 'bahek'...wohho
kemudian melangkah pula masuk ke alam sekolah rendah..
indah sangat
masa tuh kita hanya taw gelak ketawa seronok pluss main
bila exam tiba
mood serius dan fokus pluss study hard tak ada langsung dalam kamus hidup
bila UPSR..
hanya tahu senyum dan give an innocent face kat mak ayah
sebab dah sapu habes semua gred...kehkehke
and then masuk ke alam sekolah menengah
first day masuk kelas
memori yang tak boleh dilupakan
kengkawan erk..kawan sekelas pakat-pakat gelakkan SKL
sebab bawa beg roda Hello kitty warna pink
diorang cakap SKL macam budak sekolah rendah
balik rumah saja terus paksa mak belikan beg baru
tak sanggup lagi untuk diketawakan...huhuh
perjalanan di sekolah menengah mengajar SKL untuk menikmati setiap makna 'gelak'
menghayati keindahan 'ketawa'
dan sentiasa menghargai detik-detik yang bahagia
sebab setelah melangkah ke sekolah menengah
diri teruji dengan pelbagai dugaan dan cabaran serta halangan
membuatkan hati terdetik rasa sedih, hiba dan pilu
ketika ini juga SKL berkenalan dengan sebuah...
persahabatan,
pengkhianatan
dan juga cinta...ehhem...:P
sekarang dah keluar dari alam tersebut
diharapkan dengan pengalaman di sekolah dapat mendidik diri menjadi lebih kuat
kerana dunia luar ternyata lebih kejam..
moga tahun baru lembaran baru sentiasa terselit dengan senyuman gelak ketawa dan bahagia selamanya
selamat tahun baru semua..:D