Saturday, December 31

Kaka bakal masuk islam..?


Assalamualaikum w.b.t





Kaka yang merupakan players Real Madrid dikatakan bakal masuk  Islam selepas beliau dan isterinya menghadiri sebuah majlis ilmu mengenai pengenalan terhadap Islam di salah sebuah masjid di Arab


 

gambar ini diambil pada 26/12 di sebuah masjid di dubai

jika benar khabar berita ini maka alhamdulillah kerana umat Islam bertambah lagi di dunia ini....

sumber:busuk.org

Monday, December 26

selamat tinggal cinta fantasiku..


Assalamualaikum w.b.t



cintaku ibarat Romeo and Juliet
cintaku sehebat cleopatra dan Mark Anthony
cintaku umpama Laila dan Majnun..
dan cintaku seromantis Go Jun Pyo dan Geum Jan Di..
opps..(^^,)


SKL bukan nak bicarakan tentang pasangan korang seperti siapa
seperti Shah dan ayu (Lagenda Budak Setan)
atau macam Izzah dan Hariz (Ombak rindu)

tapi,SKL hanya nak berkongsi satu perkara
perkara yang juga ada kaitnya dengan cinta
cinta fantasi...
cinta sememangnya memerlukan pengorbanan
tapi sila pastikan pengorbanan itu berbaloi
sekiranya si dia sudah terang-terangan tak sayangi kita mengapa perlu dipertahan lagi cinta itu
kenapa perlu berfantasi

"belum pernah ada lagi insan lain yang menyayangi aku seperti dia"

mengapa perlu diungkapkan kata-kata tersebut setelah jelas hati kamu berkali-kali dilukai
si dia yang bijak  bermain kata-kata akan terus menjadi super duper orang yang bijak menyusun kata-kata supaya kamu langsung tak mengesyakinya..si dia akan menyusun kata-kata yang teramat manis pabila dia sedar hati kita dilukai dan kemudian cuba mencuci luka hati kita dengan kata-kata manis pluss romantisnya..then,,diulang kembali perangainya,kita terluka dan kemudian kembali pula terjatuh cinta dengan perangkap kata-katanya dengan menyangka si dia amat sayangkan kita..

pegang pada prinsip:"aku layak untuk disayangi dan pastinya ada insan lain lagi yang boleh menyayangi akuilebih daripadanya"

 "si dia pasti boleh berubah jadi lebih baik"

jangan disangka bahawa kita mampu merubah diri seseorang.berhenti bermimpi.kalau kita merubah diri seseorang,maknanya kita bukan mencintainya tapi bayang-bayang seorang insan yang kita miliki yang kita inginkan ada pada dia.,Sekiranya dia seorang perokok mestilah kita terima walaupun kita tidak menyukainya,dan sekiranya dia nak berubah berhenti merokok itu adalah satu bonus buat kita..Tapi bagaimana pula bagi kaki perempuan dan kaki kikis duit??bolehkah kita menunggu mereka berubah untuk satu jangka masa panjang

"Aku tidak akan menunggu dia terlalu lama untuk berubah. Waktuku terlalu berharga untuk dihabiskan dengan hanya menunggu dia"

 "aku masih bahagia sekarang"

kerap kali dia menyakitkan hati ini,kerap kali dia buat air mata ini mengalir,kerap kali hati ini hancur,kerap kali dia menghapuskan senyuman di bibirku...namun cintaku terhadapnya membuatkan aku sanggup lupakan segala keperitan dan ini membahagiakan aku..

jangan seksa hati kamu:"aku berhak untuk bahagia..mencintainya bukan membahagiakan aku tapi membuatkan aku terlupa bagaimana untuk aku mencintai diri ini"

 "di masa akan datang tak mungkin aku dapat menemui insan yang sempurna sepertinya"

dia kaya,hensem,cantik,segak,..pabila bersamanya semua orang akan memandang dan berkata bahawa bertuahnya aku memilikinya..oleh itu,kamu terpaksa menanamkan seribu kesabaran deminya.kamu berasa tidak sempurna bila tiada dia..Jangan merendah diri..cinta sebenar-benarnya cinta akan membuatkan diri kamu istimewa dan terasa sempurna

"aku yakin bahawa aku akan dapat insan yang lebih baik daripadanya"

"semua orang berhak mendapat peluang kedua"

yup,si dia berhak untuk mendapat peluang kedua...dia berhak untuk mendapat peluang kedua setelah menghancurkan kepercayaan dan cinta kita..tapi,peluang itu bukan dari kita,biarkan dia menmdapat peluang kedua dalam cinta dari insan yang lain.

 "semua orang ada kekurangan begitu juga dengan dia"

kata-kata ini sememangnya akan memerangkap kamu dalam kelukaan,ya betul dia ada kekurangan kamu ada kekurangan dan SKL ada kekurangan.Jangan terima kekurangan seseorang sekiranya ia merugikan kamu.Sekiranya kekurangan tersebut hanyalah masalah remeh-temeh usahlah diperbesarkan tapi sekiranya menyusahkan..please,stop it!

"sekiranya dia bersama aku,pasti dia tidak akan jahat seperti dulu"

alangkah indahnya jika dia benar-benar sayangkan kamu,oleh itu dia akan ikut cakap kamu dan tinggalkan segala kejahatannya..usah terlalu yakin kerana kamu mungkin akan menjadi mangsa.Pastikan cintanya tulus atau tidak sebelum kamu berkorban hati dan perasaan sepenuhnya terhadapnya..kerana sekiranya dia masih berbuat jahat kamu juga yang akan tergigit jari hingga terputus..:

"Aku terlalu mencintainya. tidak ada orang yang dapat menggantikan tempatnya andai kami berpisah"

alasan yang kerap kali terdengar selain "aku terlanjur mencintai",untuk kamu terus bersama sekiranya setiap hari kamu terpaksa memendam rasa...bukankah cinta itu indah,jadi,mengapa kamu perlu sakitkan hati kerana cinta?cinta apakah itu..?

"perjalanan hidupku masih terlalu panjang dan dunia ini masih banyak lagi yang belum ku terokai..pasti ada seorang pencinta yang tulus sedang menungguku.."






Friday, December 16

filem pendek hukum hudud-penampilan isitimewa matluthfi,,=)


assalamualaikum.w.b.t



buka minda,buka hati selami diri

=apa yang pasti tiada agenda politik yang tersembunyi...:P


                                           

*matluhtfi:mencuri gitar adalah haram,curi hati tak pa..=)


Monday, December 12

sweet 12.12.11


Assalamualaikum w.b.t

oh yeah...
dapat juga kembali ke dunia nih setelah beberapa lama menyepi..
12.12.2011
adalah hari istimewa buat SKL
sengaja dipilih tarikh ni utk kembali bergiat aktif..eheks..

moga2 readers yg SKL rindui sekalian sihat sejahtera
dan melalui kehidupan ini dengan aman sentosa

sebenarnya..
sepanjang ketiadaan SKL nih 
bohongla kalau nak cakap yg SKL langsung xjenguk ke alam blog nih

SKL sentiasa menjadi silent readers utk blog2 yg SKL minati
tapi dalam giat menjadi silent readers
SKL terkantoi pada >ik<
mna taknya asyik mention sal Kim Hyun Joong jerk..
jelez btul dya dgn kehenseman yg ada pda Kim hyun Joong...hehehe.
dan disebabkan itulah SKL terkomen entrynya yg berunsur jeles...Hoho

next,,blog yg SKL selalu stalk ofcoz cik Ungu..
rindu terhadapnya sgguh membuak2
dan hanya hasil nukilan-nukilannya yg membuat SKL terlebur skit rindu...aiseh..eheks..:)

to CTK
nampaknya kini kamu terlalu sibek dgn contest ya..
semoga sukses selalu...kehkehkeh..

tak lupa juga buat Ruby
insan yg selalu dirindui..
moga persahabatan maya kita kekal selamanya...=)

buat Bella
kenapa sudah lama tak aktif ya..?

kepada yen
terasa janggal bila yen tetiba mendiamkan diri..
selalunya dyalah yg xpernah2 putus idea nak publish entry
tgk2 dah stop kat entry kawin..
sudah berkahwinkah dya..?
ehhe..

SKl bukan saja pegi stalk blog2 nih tapi ada  byk lagi la yg terpaksa SKL jdi silent readers
terutamanya blogger yg ada dlam bloglist SKL 


kenapa 12/12/11..??
ehem2...dgn x malunya SKL nak bagitaw yg sweet date itu adalah tarikh bufdayy SKL
n SKL berbesar hati nak tulis entry pada hari yg mulia ini

meskipun muka tak tersua
suara tak terdengar
hanya jemari menitip rasa 
SKL terasa sempurna dengan kehadiran kamu-kamu semua
kehadiran stranger seperti kamu2 semua sangat bermakna dlam hidup SKL





*May Allah bless all of you*