Saturday, September 24

ish3..jangan...


tumblr_ld15suGeY11qb63xno1_400

Hari ni dgn penuh semangat dan keazaman yg besar bak ibu mengandung (* ceh ayat matluthfi..:P)
nak ajak semua yg SKL sayangi + cintai mengelakkan diri daripada JANGAN :

  • memerli mereka si free hair
  • mengejek mereka si seksi yg dedah sana sini
  • mengata mereka si kaki botol
  • mengutuk mereka si kaki judi
  • mencaci mereka si perogol
  • mencerca mereka si penjenayah antarabangsa
  • menyisihkan doktor tak diiktiraf di bawah jambatan
  • memaki si perompak dan pencuri
  • menghina si pelacur/jual badan
  • dan lain2 negative  pandangan kpda perkara yg negatif di mata masyarakat
sebab.....

si pendosa itu sedar melakukan dosa tapi
gagal nak kawal diri daripada menghentikannya

si pendosa itu sedar melakukan dosa tapi
dirinya tak pernah pun minta semua tu terjadi ke atas dirinya
(pelacur yg ditipu oleh mak ayam n pak buaya)

si pendosa itu sedar melakukan dosa tapi
dia melakukannya sebab nak teruskan kehidupan dgn cara yg senag

si pendosa itu sedar melakukan dosa tapi
hati yg malap terus menerus melakukannya

si pendosa itu sedar melakukan dosa tapi
masyarakat sekeliling menyisihkan mereka shingga mereka tiada tempat utk bertaut menyebabkan mereka terus bergelumang dgn dosa mereka


dan di suatu ketika....

si pendosa itu meyesal
lalu terus bangun dari mimpi ngerinya

si pendosa itu menyesal
lalu meninggalkannya

si pendosa itu menyesal
lalu dengan rendah diri terus sujud kepadaNya

sedangkan kita...
entah bila akan sujud taubat kepadaNya...

jika tiada kuasa usah menghukumi mereka kerna setiap perkara yg bercanggah sudah ditetapkan hukumannya
cukuplah sekadar dengan membencinya dengan hati

teguran boleh dilakukan
tegur dengan cara berhemah sekiranya insan tersebut adalah insan yg disayangi
bukan menegur dengan cara yg memalukan
atau mengaibkannya

berubahlah dengan menjadi yg lebih baik
kebahagiaan menanti kamu..:P

GIF OF THE WEEK: Awkward Panda.


Friday, September 23

Hidup Sebab Dendam


tittle tu bukan merujuk kpda diri skl yg hidup sebab dendam
tapi sebab terpengaruh dengan cerita Hui Jia De You Hua
yg ditayang kat tv2 pukul 6 ptg

dah sampai 40 lebih dah skl follow cita nih
dan cerita mengundang kegeraman di lubuk mata SKL



permulaannya adalah mengenai Lin Ping Ru yg telah mengandungkan anak Shi Xian dan berkahwin dgnnya walaupun perasaan cinta tak ada..
Ping Ru boleh termengandungkan anak Shi Xian pun sebab Shi Xian kenakan Ping Ru minum wine sedangkan Ping ru tak reti minum pun..

ditakdirkan pula Ping ru ada adik angkat/kawan baik yg tinggal serumah dgnnya sejak kecil sebab ibu bapa  Ai Li telah terlibat dgn kemalangan
sebelum berkahwin Shi Xian berkahwin dgn Ping Ru dia ada jugax wat hubungan dgn Ai Li (*hampeh punya lelaki)
dan mengandung di waktu yg sama.Ping Ru lebih cepat gitaw kat Shi Xian tentang kandungannya dan mereka kahwin..
Ai Li bawak diri pergi ke Perancis dgn anak shi xian

 Ping Ru tak diterima oleh mak mentuanya menyebabkan Ping Ru bagaikan jadi org gaji  dan sehinggalah anak yg dikandung Ping Ru keguguran..puncanya disebabkan oleh mak mentua Ping Ru tapi dia tak gtaw sesiapa pun sal peristiwa tersebut...(*sucinya hati)

5 tahun dia mencuba uk dapatkan anak sebab keluarga suaminya benar2 inginkan pewaris
dan selama 5 tahun jugaklah dia mula mencintai suaminya...

Ai Li balik dgn bawa nama Jeniffer utk rampas  Shi Xian dari Ping Ru
dari sini berlaku terlalu banyak episode sedih

terlalu berat utk diceritakan sampailah Ping Ru diceraikan Shi Xian sebab Shi Xian sudah tahu tentang anaknya bersama Ai Li dan tika tu juga Ping Ru mengandung..
Shi Xian memaksa Ping Ru gugurkan kandunga
di tepian pantai mereka berbincang telah lemas sebab dia memang takutkan air

Dirinya diselamatkan oleh WenYuan yg ketika tu dok mencari adiknya Shan Shan membunuh diri..di laut yg sama,,

orang yg mengenali Ping Ru dulu anggap yg Ping Ru telah mati
dan dikesempatan itu Ping Ru ambil kesempatan ingin membalas dendam dengam menggunakan identiti Shan Shan

hingga epsode kini skl jadi geram balik pada Ping Ru yg terlalu taksub nak membalasa dendam hingga sanggup melukakan hati org yg tulus mencintainya, Wen Yuan

apa nak jadi lepas nih diharap Ping ru tak terus balas dendam,kesian pulak tgk Ai Li skrg nih dok menderita tahap kritikal

Geram dengan cara pemikiran Ping Ru sebab dia terlalu taksub nak balas dendam
dan SKl pun  terlalu taksub tgk cita hingga terpengaruh dgn emosi

Ping Ru dulu diselamatkan mungkin sebab Tuhan nak beri dia peluang hidup dan menikmati kebahagian yg sebelum di dya tak dapat

tap sayangnya dia hidup utk balas dendam

haish..sesamalah kita tengok ending dya jadi macam mana
yg pasti sah2lah happy ending

takkan tergamaknya pengarah tu nak buat ending yg tragis..

Shi Xian @ Ling Xiaosu


Choo Ja Hyun @ Lin Ping RU

Ping Ru baik


Ping Ru yg hidup nak bals dendam *_*

Rain Li @ Ai Li





^_^
^_^
^_^
^_^
^_^
^_^
^_^
^_^
^_^
^_^
^_^
^_^

^_^
^_^
^_^
^_^
^_^
^_^
^_^
^_^
^_^
^_^
^_^
^_^
^_^
^_^
^_^
^_^



...ending...



jjitjoong has the best gifs! Can’t wait for Kim Hyun Joong’s full MV to see more. You have to follow that tumblr if you love KHJ.

tempek sikit..ahaks..:P
♥♥Kim Hyun Joong♥♥

Thursday, September 22

REsipi Kek Coklat

hari nie SKL dengan bek hatinya nak bagi resepi kek coklat yg dicipta khas dri kakak tersyunk...:P

bahan2 dya senang nak di beli dan mudah didapati..:)

1) 1 cawan gula
2) 2 cawan tepung gandum @ blue keys
3) 5 @ 6 biji telur gred A ( telur gred biasa pun ok)
4) 1 sudu kecil esen vanila
5) 1 cawan susu
6) 1 cawan serbuk koko
7) coklat masakan
8) buttercup 250 gm(nak guna mentega pun ok, atau yg bez beli mentega pelangi)

cara membuat
 1 : pukul gula dan buttercup sampy kembang
 2 : masukkan telur satu persatu
 3 : masukkan tepung dan serbuk koko berselang selikan dengan air susu
 4 : masukkan esen vanila
 5 : sumbat dalam oven :P

pst : itulah adalah resepi kakak SKL yg kedekut nak letak coklat..law ikut otak skl yg gila cokelat, skl akan masukkan coklat masakan sedikit masa kat step ketiga tadi..berselang seli dgn air susu..kena pandai agak sebab kalau terlebih nanti kek jadi tepu tak gebu..

air susu skl lebih prefer beli sekotak kecik air susu dutch...law nak letak coklat masakan dalam bahan2 tadi beli saja susu dutch lady coklat..klau xmo letak coklat masakan letak susu dutch lady coklat..:)

bahagian hiasan..panaskan coklat masakan dan biar bagi cair...lepas cair terus tuang kat kek yg da siap dimasak

sekian.....


Tuesday, September 20

KISAH LANGSUIR KIAN MENJADI


sekarang nih tempat skl kian kecoh dengan kisah langsuir
tiap pagi kat sekolah mesty ada org cerita ada jumpa langsuir kat situlah sinilah
men terbang sana sini


dengarnya langsuir mula aktif sejak-sejak kita raya
kawan skl cakap langsuir tu gian terlebih kena tahan sebulan tuh yg bila terlepas dya boleh tersyok terlebih
mak skl cakap lak skunk nih musim dia 
musim dya nak berpindah ke tempat baru
tu yang aktif len macam..

walaupun aktif terbang kesana ke mari 
benda tuh tak kacau sesaper pun 
cuma saja-saja nak men uuccak dengan makhluk manusia
harap-harap jgnlah dia men uuccaakk dgn skl
ish3..,.kuss,,semangat

banyak juga kisah yg skl dgr sal langsuir pas raya nih..
yg paling bez baru2 nih
mungkin waktu tu dalam kol 2 atau kol 3 pagi kowt,,
ada segolongan budak2 muda dok berkumpul depan kedai makan yg dah tutup time tuh
polis g tegur sebab ingat dorang tu nak merempat 
tapi si rempit tu leh cakap

"incik polis cubalah tengok kat atas bumbung tuh.."

incik polis tengok ja terus lari
mat rempit lak yg dok rilex kat situ
hee..kuat juga semangat bebudax tuh an...tengok benda tu leh wat slumber derk jerk
polis lak yg lari
dan yg paling tak masuk akalnya kawan skl cakap geng2 tuh dok situ nak tunggu si langsuir tu turun
dorang rimas tengok rambut langsuir yg tak terurus
dorunk tuh nak tolong make over rambut si langsuir
tapi dgr2 kakak skl cakap dorunk2 berani pun esoknya ada jugax geng mereka yg demam

haish...itulah padahnya bila dah berani tak bertempat an?

baru2 nih mak sedara skl da wat kenduri anaknya
ingatkan golongan muda mudi cam skl jerk dok meremang bulu roma
rupanya golongan mak-mak pun takut jugax
siap mak cik- mak cik kat kenduri tuh  cakap tak maw buat kerja sampai lewat malam
takut dok ternampak bayang putih lak..

mak skl yg memang berani pun jadi takut tetiba.
tak berani jugax wat keja lewat malam
cukup time balik
dan tak berani balik jalan kaki meskipun rumah mak sedara tu dekat ja dengan rumah skl
jadi pak cik skl terpaksa tggu mak skl wat keja sampai abeh kemudian hantar mak skl balik rumah
dan waktu tu jarum jam mendekati pukul 1 pagi
Alhamdulillah..tak ada apa2 yg terjadi..

pak cik skl lak bukan men semangat nak tengok benda tuh..
ntah apa semangat apa yg ada pada dya
sanggup meronda tinggal anak bini kat rumah semata-mata nak tengok benda tuh
tapi rondaannya sering membawa kekecewaan yg sgt mendalam
sebab tak jumpa pun

alah..org berani mana dia nak tunjuk gigi..



ok skl mengaku yg skl penakut sampy gambo langsuir tak tunjuk langsung
tapi dah tunjuk gambar maya karin..dia cun kan
lagipun dia kan ada kaitan dengan benda alah nih
eh! dia pontianaklah bukan langsuir..biarlah...sama je kan kan kan

sekarang nih perasaan takut makin menyelubungi diri
tidur tak tutup lampu
meskipun ngeri ja mata
tapi peduli hapa
takut punya pasal kan

sampailah hari nih kawan skl cerita 
yg org tak sangka langsuir tuh adalah lampu sport light apa namanya ntah
yg boleh menyala sampai dari jauh nampak cahayanya
itu yg nampak macam benda tuh dok berulang-alik dari tempat yg sama

ya ka?
entahlah...
betul kowt
tak betul pun kowt jugax...
yg penting perasaan takut nih perlu dihilangkan
sampai bila nak tido buka lampu
ngeri mata doe...

Saturday, September 17

dia dah mulakan tapak


hari nie buka muka buku..
terasa seperti hatiku berdetak 100km/sejam
urat sendi mengalami kejutan tahap kebangsaan
anak mata bagai meminta-minta dilepaskan keluar
otak tiba2 merangkak-rangkak teringat peristiwa lalu
dan bibir indah melukiskan senyuman..hee

ini semua gara-gara tengok video nih





weh weh weh...that boy my frenz doe
b0leh merangkap sepupu..
walawei....bawu skunk nak ngaku sepupu...wacha,,damn..


to readers, jgnla dok kerut-kerut dahi pikir sapalah artis yg tak dikenali ini
dya bukan artis 
cuma ini adalah projek MTVnya as student UITM under Falculti of Artistic Creative Technology

kenangan yg SKL cakapkan tadi bila tengok video teringat masa kitorang
eh,bukan SKL hanya dya and the geng, SKL hanya pemerhati  tengok dorunk wat konsert kat bilik tayangan kat skolah
tengoklah perangai huduh kan..?
kat sekolah pun leh wat konsert...karaoke sesuka hati..dahla bilik tayangan tu dekat ngan library
sekali kena dengan sindiran pedas oleh cekgu
terus diam dan  SKL ingat lagi muka dia bengang abeh sih..

but look now bro
look now babe..
who in that video...

lagi satu memori yg SKL ingat masa pas abeh latihan tarian ada saja bebudak akan kejar dya nak dapatkan phone number..heee
terus lari belakang langsir tingkap
and that time i tell him
yg dya dah macam SMS (Sheikh Muszaffar Syukor)
dya boleh tergelak terbahak-bahak jer..
mungkin dya ingat SKL mengarut kowt..
tak mustahil selepas nih dia akan dapat perhatian public
sebab dia ini campaklah kat lubang mana pun tetap nampak menonjol

SKL berasa jeles kowt
bukan jeles sebab tak dapat apa yg dya buat
jeles sebab byk kawan2 SKL masing2 dah nampak identiti mereka
arah tuju hidup mereka
sedangkan SKL masih lagi terperuk di pulau yg indah ini
arah hidup SKL masih tak tentu 
nampak samar
apa yg bakal terjadi dalam hidup SKL selepas ini
dalam masa beberapa tahun lagi
SKL akan digelar sebagai apa ya?
adakah guru atau masih lagi belajar
atau isteri org..ish..yg tuh jauh segedebak agy...

entahlah..biarlah masa yg menentukan segalanya..
kalau baik kita ikut arusnya
kalau teruk kita lawan arus tersebut.

moga di masa depan SKL dapat mencorak identiti yg baik buat family SKL...amin...


Thursday, September 15

penglipur lara


kisah 1

Kambing ; eh, encik anjing...apsal nampak monyok jew nih...sihatkah kamu..?
Anjing : tak..aku sakit hati...aku tension!tension!....
Kambing :la..apsal..ce cite ce cite...
Anjing : tadi ngah aku dok jalan-jalan terjumpalah satu pasangan kekasih nih..punyalah mesra abeh...sampai je dekat aku, si lelaki haprak tuh boleh cakap "ish...najis najis...pergi jauh jauh..syoh!syoh!". barannya hati aku..baran!baran...
Kambing : betulla cakap lelaki tadi tuh, kau nih dikategorikan sebagai najis berat iaitu najis mughallazah....sebab tuh dia cakap macam tuh
Anjing : alah..kalau pegang aku yang hanya digelar sebagai najis berat nih boleh disamak..tapi kalau pegang awek dia tuh boleh disamak ker?...awek dia tuh bukan dikategorikan mana-mana najis...kalau dok pegang sambil raba-raba sana sini mana boleh disamak dosanya tuh...
Kambing ; Wah..kau anjing..otak macam otak manusia daa...ayat power tuh...


kisah 2

*seorang lelaki mengikut seorang wanita*

gadis : apsal awak ikut saya

lelaki ; tak tahu...saya suka awak...awak cantik sangat..saya rasa saya dah jatuh cinta dengan awak..

gadis :awak tak jumpa lagi dengan kawan saya...dia berpuuh lagi cantik dari saya..?

lelaki :  hmmm...?

gadis ; dia ada kat belakang awak..

lelaki ; *berpusing*.tak ada siapa pun

gadis  : kalau betul awak cintakan saya awak takkan berpusing tadi


Saturday, September 10

Romeo la sangat



SEREMBAN – Kisah cinta bak ‘Romeo dan Juliet’ sepasang kekasih yang sepatutnya mengecapi kebahagiaan berakhir dengan tragedi apabila si lelaki maut manakala teman wanitanya pula parah selepas mereka meminum racun serangga setelah kecewa hubungan itu dihalang keluarga.
Kejadian pukul 8 pagi di sebuah rumah di Taman Bunga Sejati, Rantau dekat sini semalam itu mengakibatkan Muhammad Faizal Raj Abdullah, 28, mati di tempat kejadian manakala Zuzziana Rahmat, 18, pula parah dan dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban di sini.
Difahamkan, Muhammad Faizal yang baru beberapa bulan memeluk Islam berasal dari Nilai manakala Zuzziana berasal dari Sungai Pelek, Selangor.
Pasangan itu ditemui dalam keadaan berpelukan di lantai ruang tamu oleh jiran mereka, Suthir Baba, 26, sebaik dia pulang dari kerja.
Selain bekas minuman berisi sejenis cecair berwarna putih disyaki racun serangga, turut dijumpai dekat pasangan itu ialah sekeping nota yang tertulis mereka berbuat demikian kerana kecewa selepas hubungan cinta dihalang keluarga.
Mengimbau semula kejadian itu, Suthir memberitahu, sebaik sampai di rumah, dia ternampak wanita berkenaan keluar rumah untuk membuka pintu pagar sebelum masuk semula.
Katanya, tidak lama kemudian, dia merasa pelik apabila terdengar bunyi orang bernafas dengan kuat dari dalam rumah mangsa.
“Saya kemudian mengajak beberapa lagi jiran untuk meninjau dan terkejut apabila mendapati wanita itu sudah terbaring di dada Muhammad Faizal. Kedua-duanya sudah kejang dengan mulut masing-masing keluar buih.
“Kami kemudian cuba membawa kedua-dua mangsa ke dalam kereta milik Muhammad Faizal untuk dibawa ke hospital tetapi malang kenderaan itu pula gagal dihidupkan sebelum menghubungi ambulans,” ceritanya di sini semalam.

                                                            
sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0910&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm

lalalala....nak tunjuk protes pun agak2lah.,..
ni bukan nak tunjuk cinta kononnya sejati,
nak tunjuk cinta yg hakiki sampai nak hidup semati
padahal masing2 tiada sebarang ikatan pun..cinta seperti ini dianggap sebgai cinta bodoh..
mana taknya

Juliet membunuh diri kerana menyangka Romeo telah mati,
Cleopatra pula menghulurkan jarinya untuk dipatu ular apabila Mark Anthony telah mati
Laila dan Majnun pula mati di tengah padang pasir semata-mata untuk membuktikan cinta mereka...
from bottom of my heart; kalau nak ikut cinta kita seperti siapa,jadikanlah Nabi Muhammad SAW sebagai idola...semua org tahu cintanya kepda Siti Khadijah terlalu agung..mengapa kita tak mencuba untuk mencipta dan cinta seagung mereka?meskipun tak sesempurna cinta mereka..cukuplah kita melakukan yang terbaik dan mencinta pasangan yang telah halal kepada kita..


Sunday, September 4

rindu!

setelah seminggu berlalu akhirnya dah boleh mengadap lappy....
ish ish ish....rindu siot owt dengan incik blog, pakcik google, my bf mukabuku,n cousinku twitter..


sebenarnya tataw nak post entry apa dah nih...
ada cita byk sgt tapi xterluah...
atau dengan kata lainnya malas nak menaip..
hekhekhek..
apapun sya rindy dengan ruby, syue, ungu, kak wan, dan byk lagi..
ok2.,..skg ni adlah masa utk terjah ke blog diorang..mesti byk entry terbaik dan terkebaboom sempena raya nih kan..?

from bottom of my heart : selamat hari raya Skl ucapkan kepada minta maaf zahir dan batin kiranya Skl pernah terlanjur bicara dengan kalian hingga melukakan hati...juga tak lupa diiringi dengan ucapan selamat merdeka..:)