Tuesday, August 23

sekilas pandangan

hanya dengan satu pandangan...
kita mampu untuk mentafsirkan segalanya di minda..


tentang nasib yang menimpa si cilik ini


tentang kasih seorang abang terhadap adiknya..

kemelaratan hidup mereka mengundang pilu di hati

namun..

apakah yang telah dilakukan oleh orang-orang sebegini lakukan untuk membantu insan-insan di atas





satu pandangan mungkin membawa seribu persoalan di hati........

Thursday, August 18

karangan yg mungkin b0leh h!burkan anda..:)


Assalmualaikum w.b.t

jom lita g baca satu karangan nih yang dibuat oleh pelajar sekolah yg nak tulis alasan dia  tak hadir ke sekolah kelmarin..O____O


kalau tak jelas klik jew kat pic tuh yer..:)

Friday, August 12

Ruby as a butterfly


Assalamualaikum w.b.t
salam bahagia buat reader2 yg chumil + kacak semua..

haritu dlam post SKL yg bertajuk i want to be a pencil   
adalah sorang insan iaitu Ruby dtg komen cakap yg dya nak jdi rama-rama ..


alahai ingatkan nak jadi batu Ruby seperti nama panggilan comelnya tuh
bila Ruby cakap nak jadi rama-rama tetiba ja teringat ada satu artikel sal rama-rama yg pernah di baca dalam buku motivasi karya DR. HM Tuah
buku motivasi tu diberi oleh kakak skl yg tersayang
boleh terbagi sebab masa tuh skl ngah down coz break ngan si dia..ehhe..
"membina rasa cinta"
bukan cinta utk org lain tapi kpda Allah n pda diri sendiri..


-buat Ruby-




 cuba kita pergi tangkap rama-rama tuh dan pegang rama- rama dengan sayapnya. Cuba tengok ada kan sesuatu yg melekat kat jari, warna dan corak rama-rama dah berpindah kat jari kita.Kemudian bila kita lepaskan rama-rama tuh, rama-rama tu akan terbang tapi lebih kepada terbuai dek angin. kalau lepas tuh ada lagi yg tangkapnya mesti dah x tertarik dengannya sebab warna dan corak pda rama- rama tersebut telah luntur. Keindahan rama-rama tersebut tidak dikagumi lagi.

kalau nak tau yg rama- rama ini ibarat dengan wanita. Rama-rama indah utk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap ada kali ada tangan yg tak berhak langsung ke atasnya cuba memegangnya. Memang fizikalnya tak ada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. Begitulah wanita. Wanita bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak yang indah, bila corak-corak tu telah pudar, wanita tu tak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah semasa bergelar ulat ia lebih dibenci. butterfly

Susah untuk  bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu kita dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu kita sedang digoda, dihambat dan dirayu jgn terlalu mudah menyerah sebab ingatlah kpda mereka yang bersusah payah memastikan kita dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. kita tidak muncul sendiri, sebaliknya kita adalah lambang pengorbanan ibu bapa.
butterfly


Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak kita ialah memelihara kehormatan. Selama mana kita memelihara kehormatan dan maruah diri kita berada pada terbaik, sebaik saja kita tak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, kita sudah kehilangan masa depan. postman-butterfly Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak senang ja terbang ke sana sini. Sebab setiap kali rama-rama mengibarkan sayapnya, rama-rama sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika kita tak pernah tahu kewanitaan kita itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, kita ibarat rama-rama yang tak sedar pun diri diintai bahaya.butterfly

Mahalkan harga diri kita. Semakin sukar kita dimiliki semakin mahal nilai kita di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi kita. tak perlulah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan merosakkan  warna-warna kita. Kalau warna- warna tu hilang kita akan dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, dengan itu kita akan lebih dihormati. Nilai kita bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki kita tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai kita. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana kita belum menemuinya anggaplah diri kita masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.butterfly


from bottom of my heart : jadilah rama-rama yang sempurnakan alam, wanita pula jadilah wanita yg membanggakan semua org.



kami dah renggangla, mak!


Assalamualaikum w.b.t
salam bahagia buat readers2 semua

apa nak jadilah ngan aq di bulan yg mulia nih,,haih...
tadi ngah elok ja melantak nasik
mak leh tanya s0klan xterduga..
"mana kawan hang tuh.,,lama tak nampak.?"
"mak,,dia kan duk asrama. nak mai sini bilanya"
'haritu mai pun sembang kat luar ja. Hang gaduh dengan dengan dia ka.?'
aduh,,straight sungguh soalan nih..
"err..dia ada kejalah mak time tuh.."
mak sambung lagi cakap yg dia ingatkan aq n da bez frenz of the world tu gaduh..
law gaduh. kata mak, dia xsuka coz kami dah berkurun lamanya berkawan..
dalam hati cakap
"kami dah renggang mak..dya dah xsuka kawan ngan cex dah..sob..:(" ini hanya kata2 lam hati jerk..

siyes, masa tuh rasa len macam ja..
ngah cedok sambal tumis udang tadi tetiba ja sambalnya terpecik masuk lam mata..
cam memahami ja aq nakkan ruang utk hilangkan resah gelisah tahap gaban nih..
pas kena percikan berapi tuh terus masuk bilik air..
kena sikit ja tapi ntah ar ada lak yg tergedik2 nak kuar..
gegeh tollah..

bila mak cakap aq gaduh ngan dia tu
aq pun tataw 
aq gaduh ka ngan dia
law gaduh 
motifnya??
xkan benda kecik tuh
sal yang konsep 9119 
ada an yg dialog cakap aq kuang ajaq tuh..
sebenaqnya ada agy dya cakap tapi aq terus blah..
malas nak cakap sal tuh
wat mendidih hati ja..
mana taknya asyik nak membela ja cikgu tuh..
pandai sgguh cikgu tuh brainwashkan 0tak kawan aq n bebudax asrama yg lain
yalah dia dulu kan warden asrama..

aq ingatkan dia akan ok tak lama selepas tuh
tapi tak
sampailah cikgu dah pindah g sekolah lain..
walawei..g tegur pun macam g tegur batang pisang ja..
sakit ati t0l
suka ar wat org macam tuh...
hek eleh,,xmo kawan ngan aq sudah, aq leh ja kawan ngan org len
bercambah g manusia kat lam dunia nih yg boleh dibuat kawan..
tapi tulah,,nak cari orang macam dia utk dijadikan kawan
susah kowt..
start kenai sejak darjah empat skunk dah upper six..
cer hitung tgk bapa taun dah kami kawan..
sebelum nih kami jarang nak gaduh..
memang susahla nak gaduh lam setahun tuh..
dan dialah makhluk Allah yg suka  bertandang kat umah aq..
skunk dah jarang
sebab tulah mak leh cakap  aq gaduh..
eh, hati mak mesti taw punyalah..

haish.. berbalik kepada puncanya renggangnya persahabatan kami sebab benda kecik
sebab aq argue dgn cikgu tuh tentang benda alah tuh..
aq bukannya orang bila kemukakan pendapat
even dya tu org terhormat ka hapa ka
terus terangguk2 macam belatuk
terus terima ke dalam otak
that not me..
memang kekadang aq blur sikit bila org bercakap
tapi blur2 pun aq proses kat dlam otak aq ni tentang apa yg telah diperkatakan
bukannya pakai terima ja...

org yg kita respect mai bercakap ngan kita dalam pengucapan cukup berkias
dgn adanya unsur sindir dalam bicaranya
mawnya aq xmelenting...

xsuka jadi seorang pendengar yg kaku
biar kaku di mulut jgn kaku di 0tak- itu aq..

haish,,bila di kenang 
makin sedih...moga perhubungan kami akan ada ruang utk berbaik semula
letih dah nak sua2kan muka nak cakap kat dya tapi dya hanya wat muka toyu kata aq

ehem2..aq terhegeh2 nak kawan gak ngan dya sebab
terlalu byk memori yg aq xrela nak dipadamkan
 aq ngan dya terlalu byk persamaan tapi xfaham masih gak ada perselisihan faham
dya gakla satu2nya tempat aq bermanja menggedik terhegeh2 kat dya bila di luar rumah
org utk aq share tentang perasaan n probku
xda dya
kat sapa agy aq leh wat macam tuh..
sebab aq memang susah sikitla nak share my personal life/feeling kat owg lain
kat sini...??
alah,,kat sini biar arh
mna ada org yg kenal aq..
(except si anim yg jrg nak bukak blognya tuh)
tengok sikit sapa yg kenal aq...
kenal dgn nama..?
huh!
u juz know my name
not myself!!
but im happy have u olz
^______^

..maaf,entry kali nih agak kasar lak coz guna "aku"







Wednesday, August 10

moga kau tabah, Guruku


Assalamualaikum w.b.t
salam bahagia buat reader2 semua

Ramadhan ke sepuluh..
telah terima satu berita yang x disangka2..
that whyla lagu sedih len macam ja...
sukar nak dipercayai namun itulah hakikatnya yg sangat pahit..
tika kita semua menjalani ibadah puasa ke keenam
satu hal yang sangat perit telah dihadapi oleh guru tercinta...
sungguh tabah kerna ramadhan ketujuh masih menunjukkan muka di sekolah
tapi wajah yang menunjukkan seribu kekuatan itu akhirnya tewas..
pergilah cikgu..
bercuti menenangkan diri...

sungguh xfaham 
bagaimana ada seorang cikgu yang mempunyai indah perwatakannya boleh ditinggalkan suami
disebabkan seorang perempuan yang juga merupakan guru di sekolahku.
apakah dugaan ini..
sangat beratkan..?
suami cikgu tuh selalu kerja luar
cikgu tu tak pandai drive sebarang transport
sebarang bantuan akan diminta kepada suami cikgu tuh
entah sejak bila mereka memutik cinta..
kini dicerai
dan cikgu itu pula meminta cerai dengan suaminya...

kenapalah perlunya ada perampas dalam dunia ya..?

bila dapat taw tadi asa cam nak g fly ja umah cikgu..
dan jadi pelakon antarabangsa
yang tak taw apa2
dan cuba ceriakan hidup cikgu
seperti selalu dengan buat perangai bebudax tuh
tapi saia faham..cikgu nakkan ruang..
moga selepas ini dapat kehidupan yang lebih baik

buat anak2nya
yang sulung akan amik spm
dan si kembar yg akan amik pmr
kuatkan dirimu...
jadilah penceria hidup umimu...

p/s: akan saya kenangkan dirimu cikgu dalam titipan doaku terhadap Ilahi..



Tuesday, August 9

Segmen Promosi Blog Follower 500 ke Bawah


Assalamualaikum w.b.t
salam buat readers2 semua(^_____^)

hari nie g tengok kat shoutmix box tengok2 Ruby gtaw dya ada tag iter kat lam satu segmen..
thanx to you dear..:)


kepada sesiapa yg teringin hatinya nak turut sama join segmen nih boleh mai tekan kat SINI3

Nama :
Si Kiut Lavender

Hobi:
Baca novel (hard fan karya Ct Rosmizah & Hlovate)
suka makan
suka melanding atas katil petang2(tid0)
suka blogwalking(hobi terbaru) nak kutip2 ilmu & nak belajarr sesuatu daripada pengalaman hidup orang lain:)

ditag kepada:


the story is beginning

Assalamualaikum w.b.t
salam bahagia buat reader2 semua..

hyep semua..ingat lagi x yang saya pernah buat entry sal "warkah buat teman" uh..
ha,,law xpernah g sini g cepat2 taw..

cerita pokoknya di sini..
saia punya teman dah wat cerita kembali moment antara dya ngan that boys..
macam dorang leh kenal n bertaut hati
skunk dah part 4...
law nak taw ceritanya tuh jum kita pakat2 g terjah dia punya blog...
terbaek dari anda semua..=)



Monday, August 8

awak..saya sayang awak,,,baca nih taw..:)


Assalamualaikum W.B.T
arinie ngah syok2 d0k round2 kat muka buku then terbacalah satu note nih..
nice note then minx izin share..^^,
sharing is caring right



saya sayang awak..tapi betul ke saya sayang awak??awak sayang saya ke??kalau sayang, nape awak pegang tangan saya??awak nak tengok rambut saya,nak hug saya,nak saya pakai seksi2..memang la awak xkasi boy lain tengok saya pakai seksi..tp awak xhalal lagi utk saya kan??saya sayang awak ke kalau saya kasi semua tu kat awak??

saya sayang awak..betul..xtipu..tapi sayang ke kalau bila dengan awak, saya lalai??saya lupa kat Dia yang dah cipta saya, yang kasi saya perasaan cinta kat awak..saya lupa solat, saya lupa dosa..saya lupa Tuhan..takut la...

betul awak..saya sayang awak..tapi saya takut..takut sangat nak sayang awak..awak baik, selalu solat awal..tapi nape bila dengan saya awak lupa solat??masa kuar, kita lalu je depan masjid..xpernah stop..tp kt tempat xde orang, kita stop.beratus duit awak habis untuk saya kn??saya hargai sgt..saya tau awk syg saya..tp nape awak xsimpan duit tu dulu..kot2 ada jodoh, boleh kita kawen..awak...saya takut..takut sangat..takut bila ingat pe yang kita dah buat..saya nak awak jadi halal utk saya..tp xboleh la sekarang..mcm mana awk nk tanggung saya..kita blaja lg..saya nak hidup dgn awak..saya nak awak jd imam saya..nak sgt share everything dgn awak..saya nak jadi kekasih halal awak..tapi betul ke cara kita wak??saya takut laaaa...

awak..saya nak hidup dgn awak forever kat heaven..tapi layak ke kita gi heaven kalau kita camni??macam mana kalau tiba2 Dia panggil kita pergi..xkisah la saya dulu, awak dlu atau dua2 skali..boleh ke kita gi heaven kalau Dia panggil kita skarang??kalau la Dia tanya apa yg saya dah buat dgn awk, pe saya nk jawab nanti..saya maluuuuuuuuuuu sgt kat Dia..

awak..lama saya fikir..saya fikir pasal kita..betul saya sayang awak..tapi, sampai bila kita nak camni??awak..saya dah fikir lama...lepas ni, kalau saya xmsj awk,xnk jumpa awk, xnak call awk, xnk vc, mms or wc,awak jgn salah faham tau..saya buat camtu sbb saya syg awk sgt2..awak..saya nak forever kat syurga dgn awak..dulu saya sedih sbb kita jauh..tapi skarang, saya bersyukur sangat..Tuhan sayang kita..kalau dekat, awak boleh agak kn pe kita buat nnti??

saya xtau camne nk gtau awk..saya nak jaga hati awk..tp awak sedar x sebenarnya saya dah kotorkan hati awak..saya suka goda awak dgn manja saya, dengan body saya..saya suka buat awak cair dgn saya..jahatnya saya..awak saya banyak dosa..awak nk ke terima org mcm saya jd wife awak??awak..saya nak bersihkan diri saya sebelum jadi yang halal buat awak..saya nak jadi the best wife..baru la awak xpandang orang lain dah..saya xnk susahkan awak dgn saya yg mcm ni..awak..saya nak jadi bidadari awak..bukan kat dunia je..tp kat heaven gak..saya nak jadi bidadari awak yg forever..


awak..saya tahu saya xbaik....banyak sangt kurang n xlayak nak tegur salah awak..tapi saya sayang awak..pe kita buat, bukan ada org tahu pn...sape lagi nak tegur awak kalau bukan saya??saya pn nak awak jadi suami yg boleh pimpin saya ke syurga..xnak ke??xkn la awak sayang saya utk hepi2 kat dunia ni je..awak xnk ke pilih saya jadi bidadari awak kt syurga nanti??awak..tolong la...saya xnk dah jumpa awak..tp mungkin saya lalai gak nanati..syaitan selalu ada dgn saya..suka je dia kalau saya keluar dgn awk, goda awak..awak..tolong la ingat kan saya gak bila saya lupa.tolong ek..saya lemah sangat..saya nak jadi kuat..kuat utk awak..untuk hidup dgn awak.

saya sayang awak..camne kalau tiba2 Dia panggil kita b4 kita sempat bertaubat..takutnye saya..awak xtakut ke??camne kita nak gi syurga??camne saya nak jadi bidadari awak??saya nak sangat cinta ni kerana Dia..tp dgn apa kita dah buat, layak ke kita letak nama Dia dlm cinta kita??malu sangat kat Dia..awak..saya nak berubah..utk diri saya gak, utk parents saya..tp, kalau saya berubah, awak still terima saya lagi kan??saya nak berubah pn sbb nak jadi the best utk awak..utk babies kita nanti..nak jadi mom yg the best..huhu. tinggi betul cita2 saya..saya pn nak kita jadi pasangan yg educated..nak sama2 berjaya..tp educated yg taat padaNya la..mesti bahagia kan..kita ingat Dia, Dia pun ingat kita,,so, boleh la Dia jaga kita nanti..

awak, kalau la saya pergi dulu,saya nak tunggu awak kt syurga tau..awak doakan la saya bia boleh masok syurga..saya nak jadi bidadari yg tunggu awak..n there, i'll be yours forever...tapi, kalau awak pergi dulu??ye..saya sedih..tp saya pun akan doakan awak..insyaAllah..nanti awak tunggu la saya kt syurga k??mesti ramai bidadari tunggu awak kat sana..tapi, simpan la 1 tempat untuk saya k??saya nak jadi bidadari awak..


awak..maaf kan saya kalau ape yg saya buat n gtau ni mengguris hati awak..saya buat camni sbb saya sayang awak..saya xtau camne nak gtau awak..sebab tu saya taip kt sini..maaf sebab saya post kat sini..bukan nak bukak kburukan sendiri..at least mereka yang baca ni boleh jadikan kisah ni sbgai panduan..ramai kt luar sana kapel n buat macam2..saya takot nak post kat awak..tapi saya harap awak tergerak hati nak baca ni k..awak..dah nak subuh la..kejap lagi mesti Dia panggil saya..ingat tau..SAYA SAYANG AWAK ETERNALLY N INFINITY.. n saya tunggu awak jemput saya sebagai yg halal utk awak nanti k..

Saturday, August 6

konsep 9119


Assalamualaikum w.b.t
salam bahagia buat anda..
hi onion head


tidak lama dahulu: tgh cikgu syok2 ngajar kami tetiba saja dia buat iklan 
sal masalah remaja yg makin membimbangkan kini..
katanya dia..
gejala sosial yg melibatkan maruah perempuan hilang ni berpunca daripada lelaki(kesian boy an)
mana taknya..
sudah tertulis lelaki sebagai pemimpin..
perlu memimpin kaum yang lemah ke jalan yg lurus 
bukannya membengkokkan lagi jalan yg sudah sedia bengkoknya
even perempuan tuh datang menggoda atau datang menggedik ka mai terhegeh2 ka sepatutnya kaum adam yang sebagai pemimpin nih pimpin mereka bukannya terikut ikut dengan nafsu mereka..
kalau tidak kenapa Tuhan bagi kamu 9 akal wahai lelaki 
(tanya cikgu kat lelaki kelas kami yg kini hanya ada enam org saja,)
xpatut kamu memperbodohkan perempuan yang ada 1 akal ni taw...
(sambil megeluh cikgu sambung balik P&P kami)..

dalam saia punya hati "alangkah seronoknya dunia kalau semua lelaki tahu perempuan tercipta dari tulang rusuk Adam"

ok, itu adalah guru kelas saia punya cerita yang meyalahkan lelaki saja..
sampailah satu peristiwa 
kat dewan makan(ngah hadiri kem kepimpinan pengawas)
saia n da geng didatangi oleh cekgu kaunseling..
dalam hati dah dapat mengagak yg bakal keluar dari mulutnya tuh..
tak habes2 nak cakap kebodohan wanita yang sanggup memperjudikan diri utk lelaki..
(ok, secara jujur..saia  tak suka sama ini punya cekgu ma..naseb bek dah pindah..aman skit telinga kami)
dia dtg dengan senyuman yg kononnya manis kemudian usik2 kawan saya yg sedang hangat bercinta dengan boynya..
dan secara tetiba dia pun cakaplah sal benda lah nih..
membuatkan selera makan saia terbantut seketika..
ada ker patut cakap perempuan bodoh..
siap bagi contoh agy..
kat dalam video klip blablabla tuh
asyik tunjuk muka perempuan yang bodoh
yg menundukkan nafsu mereka kepada lelaki semata2..
nak bidas cakap kang dilabel kurang ajar plak
disebabkan xtahan saia pun gtaw lah apa yg telah cekgu yg first nuh gtaw kat dya..
apa gunanya ada 9 akal tapi tak mampu langsung nak tundukkan satu nafsu yang ada dalam diri

dan aq mendapat bidasan yg xberapa kawnya
katanya  tak semestinya semua 9 akal tuh akal yang positif
kamu kena pegang konsep 9119(perempuan 9 nafsu 1 akal lelaki 9 akal 1 nafsu)
suasana agak tegang sikitla masa nih..
dan dengan hampehnya mulut yang berinsurans n tak sayang tuannya nih menjawab..
"kalau cekgu boleh suruh saya pegang konsep 9119 tuh cikgu pun kena pegang gak kata2 saya yang lelaki tuh adalah seorang pemimpin dan sepatutnya memimpin kaum yang lemah bukannya terus menerus memperbodohkan mereka..cikgu pun xsepatutnya asyik cakap perempuan bodoh saja...cikgu kena taw org yg lahirkan cikgu itu perempuan dan tunang cikgu jugax perempuan..kalau mereka dengar apa yg cikgu cakap kat kami terguris hatiu mereka taw" dan aq pun terus blah...

ok..memang saia ingat dialog tuh sebabnya kengkawan saja2 gedikwat rewind apa yg aq cakap..
ada yg cakap
"gila si0ot owt xbawak handphone kat dewan makan tuh tdi, law x mawnya aq rakam lepas tuh bluetooth kat cekgu tuh,, biaq pasni dya xdalah sesuka hati nak cakap perempuan bodoh"
tapi ada gak org mai cakap kat aq
"wah!kuang ajaqnya hang..walau macam mana pun dia, dia tetap cikgu hang taw"
tapi berbaloi ka kalau nak respect kat seseorang yang selalu nak menindas perempuan..
dia berkerjaya sebagai seorang guru..
cikgu kaunseling lak tuh...
haish..entahlah,,kekadang tu bersalah ada..tapi tup2 dengar dia berpindah pada minggu2 seterusnya

kalau diikutkan rasa marah memang membuatkan kita jadi teruk kan?
nak g minx maaf tapi ego telah berjaya mengawal segalanya


kalau ikut jangkaan saia 
dalam masalah remaja kini ikut peratusannya

30% berpunca daripada lelaki
sebabnya..kalau dya masih sedar dia seorang lelaki Islam bukannya Melayu semata2 dia akan faham

20% dari perempuan
memanglah wanita ini seorang yang lemah jiwanya
tapi xperlulah terlalu melemahkan diri sehingga boleh merendah-rendahkan maruah sendiri,,
tak eloklah
diri kita, kita sendiri yang kawal bukan 9 nafsu tuh
kalau tak kesian dengan diri sendiri tapi tolonglah kesian kan org yang kamu syg atau org yang syg kamu
sebelum melakukan perkara yang boleh mencalarkan maruah diri sendiri

20% lagi berpunca daripada ibu bapa dan keluarga
bohong kalau cakap remaja yg bersalah tidak mendapat didikan agama
kalau macam tidaklah ada ustaz2 yg turut melakukan masalah ini...
apa yg kurang ialah penghayatan agama..
mungkin kurang memahami atau menghayati tentang seksanya azab kubur dan neraka
tentang beratnya hukuman jika melakukan dosa..
mungkin ibu bapa dan keluarga terlepas pandang daripada masalah sebegini dengan mengaggap cukup sekadar memberi didikan agama bukannya bersama2 menghayati agama
ada juga satu fakta yg baru diperoleh yang membuatkan saia sedikit terkejut dimana ada ibu bapa yang hidup dalam dunia yg moden dan kebaratan
ini mungkin kot dorang baru balik dari luar negara 
bila sampai sini..budaya sana dibawa balik ke sini
sampaikan mereka boleh membiarkan anak mereka bersosial dan membuat maksiat di rumah sendiri
sebabnya mereka tidak mahu ketinggalan zaman atau hidup dalam zaman kuno..kononnya
bila dah anak mereka membuat maksiat dan menyebabkan kehamilan
ibu bapa enggan pula menerima anak tersebut disebabkan itu adalah anak hasil perhubungan yang tidak sah dan boleh mencemarkan keturunan mereka
dan bermula dari sinilah masalah pembuangan bayi berlaku

20% adalah dari rakan sebaya yang seangkatan dengannya
disebabkan itulah kamu semua dinasihatkan jauhi orang yg boleh merosakkan kamu
sebab mereka boleh meracuni kamu
dan menyebabkan kamu terpesong...
"kalau kamu berada di tempat yg wangi  tak mustahil kamu akan turut menjadi wangi, apabila kamu berada di tempat yang busuk tak mustahil juga kamu yg wangi boleh menjadi busuk"

10% masyarakat 
ini adalah mungkinlah satu racun dan juga masalah dalam kehidupan kita
apabila seseorang melaukan satu kesalahan 
bukannya nak menasihati mereka
atau membawa mereka kembali
ataupun bagi cahaya kepada mereka
tetapi ada diantara segelintir masyarakat suka membidas mereka
suka menambahkan kegelapan dalam kehidupan mereka menyebabkan mereka terus menerus melakukan perkara tersebut
tercampak terus ke lembah neraka ciptaan manusia
kerana tiada akar yang sudi utk mereka berpaut


wah! 5 isi..
adek2 PMR SPM tak lupa juga STPM
take this note..
leh bawak masuk ke exam karangan Bm...(gelak keji tahap maut)






I WANT TO BE A PENCIL


Assalamualaikum w.b.t
salam bahagia buat reader2 semua ^^,

firstly sikiutlavender(SKL) bukannya nak jadi macam Eun Suh(autumn in my heart) yang nak reborn as a tree dan SKL lak nak reborn as a pencil..

"jadilah kamu sebatang pensil bukan sebatang pen"

itu adalah analogi dari cekgu BM SKL...
sebab?
kalau guna pensil  dan bila telah menulis sesuatu yg salah kita akan memerlukan pemadam untuk memadamnya
pen pula memerlukan liquid utk memadamkannya
opss..bukan memadam tapi cuma nak cover kesalahan itu..

begitu juga dengan manusia,,
jadi sebatang pen..
apabila kamu buat salah..padamkan terus kesalahan kamu..
sebabnya kalau guna pen yang memerlukan liquid
setahun dua tahun
kesalahan tu akan timbul balik...

pensil pula akan padam terus kesalahan tu
dan mengajar kita utk tidak membuat kesalahan yg serupa..:)





Tuesday, August 2

top ten artis cantik bertudung


Assalamualaikum w.b.t
have a good day all of you..

arinie nak tunjuk pic di atas bantuan pak cik google
mengikut perkiraan saia top ten artis yg cantik bertudung nih

1. Ayu Raudhah


masa penampilan dia kat Nur Kasih memang dia cantik gila..
perfect!lebih2 lagi bila disertai dengan purdah

2. Fazura


manis sangat bila dia bertudung nih....
alangakh beznya dunia kalau dia kekalkan sahaja pemakaian tudung tu
bukan hanya setakat di set lakonan saja

3. Nora Danish


Nora Danish siyesly dya nampak matang + cun bila bertudung

4. Lisa Surihani


Lisa ni dahla semula jadinya cantik
bila bertudung nampak cantik,lembut
dan memenuhi kriteria gadis melayu terakhir..^^,

5. Rozita Che Wan


samalah dengan Ayu Raudhah tu...
Rozita nampak lebih menawan jika bertudung..
xadalah nampak palstik sgt
ops..posa3..haish

6.  Nurul Syuhada Nurul Ain


disebabkan  dia baru berkahwin xpalah tempek pic dya ngan husband dya sat...
tengok dya bertudung nig..mak aii...punyalah segak.
segak tahap gaban tuh..
eh...gaban tu segakkah..?

7. Tiz Zaqyah


siyes dya nampak cantik bila bertudung..:)

8 . Erra Fazira


nampak elegan bila dya bertudung.,..
khabarnya dya ada pasang niat nak bertudung bila dah menjadi duta tudung
moga2 nat dia tu tercapai

9. siti NurHaliza


siti kalau pakai tudung tutup abes memang nampak ayu habes....tatawla apa fasal smpy skunk nih dia masih pakai tudung sekerat2 tuh

10. Fouziah Ghous


alahai...si cantik nampak menawan sgt bila bertudnug...cantik beribu kali cantik..

ehem2...sebenarnya kalau sesiapa pun pakai tudung semuanya nampak cantik dan sempurna..
tapi,,sekarang nih timbul isu wanita bertudung hanya untuk berfesyen bukan dijadikan ia sebagai tuntutyan dalam agama..
tapi apa salahnya, wanita muslimah pun leh berfesyen jugax apa...
jgnlah nak berfesyen tu dgn cara yg keterlaluan
tutup rambut tapi nampak pangkal leher..
salah tuh..
then terbaru pakai tudung dengan bersanggul tinggi..
itu haram..
apa2 pun..
nawaitu bertudung nih kena betul...
"kerana Allah Taala"
bukannya sebab sesaja nak tunjuk atau nak tarik perhatian org lain dengan melhat penampilan kita bertudung..

moga di bulan ramadhan ini kita dapat perbaiki segala kelemahan kita.:))